Walaupun cerita ini sudah agak basi tapi saya tetap nak share gak cerita jalan-jalan ke Abu Dhabi dan Dubai. Kalau dikira sudah hampir 2 tahun lebih since I make this journey. Memandangkan saya baru setup blog yang ini, maka cerita kali ini saya just copy paste dari blog lama. Sila jangan confuse dengan masa yang dinyatakan. *jangan tanya kenapa tukar blog dan menyusahkan diri buat yang baru* =)
Memandangkan info yang diberi ini dari 2 tahun lepas, mungkin sudah banyak berubah. Sila check latest info and update untuk lebih jelas. Lagi satu, saya memang fail bab-bab karangan, tatabahasa dan hal-hal seangkatan dengannya. So sila abaikan segala ayat dan tatabahasa yang suka suki ku gunakan. *sengeh*
Rasanya kami ini antara orang terakhir yang dapat naik AirAsia ke Abu Dhabi sebab beberapa minggu/hari selepas kami balik AA suspended all flight ke Abu Dhabi. Dan yang lebih menarik kami dapat tiket yang murah. Sangat berbaloi-baloi.
Sedikit info mengenai United Arab Emirates
Ibu Negara : Abu Dhabi
Penduduk : 8 Juta lebih (2010)
Matawang : UAE Dirham (AED)
Nilai Matawang : 1 AED = 0.84 MYR (sila check latest rate)
Bahasa Rasmi : Arabic
Zon Masa : GMT +4 (cepat 4 jam dari KL)
KL ke Abu Dhabi : 7 jam 30 minit
Bandar paling besar : Dubai
Cuaca : July - August paling panas, mencecah 40, December -January antara 10-14 (darjah celcius)
![]() |
Abu Dhabi International Airport |
No comments:
Post a Comment