Assalamualaikum,
Sambung lagi dan lagi cerita TransJava selepas tengok sunrise di Mt Penanjakan. Kalau belum baca boleh la usha kat
sini. Ok. Lebih kurang jam 6.20am kami sampai ke tempat parking jeep. Semua orang sudah setia menunggu. Masing-masing buat muka pelik je. Nape pulak diorang ni kan. Rupa-rupanya kitorang lambat, katanya sepatutnya kumpul balik kat jeep pukul 6. Eh eh, bila masa pula ada orang beritahu suruh kumpul pukul 6. Takde sesape cakap apa pun masa kitorang sampai tadi. Bengang tak bengang la kan diorang tunggu. Kesian pula rasanya. Yang mamat London orang Nepal sebenarnya tu rupanya kena balik awal ke hotel sebab dah book ticket ke Surabaya. Bersalah pula rasa. Tapi mana la kitorang tahu. Moralnya, sila janji betul-betul dengan rakan se-jeep pukul berapa nak gerak. Tanpa membuang masa lagi, driver terus pecut ke Bromo. Dari kaki Mt Penanjakan ke kaki Bromo lebih kurang 20 minit, lalu balik jalan depan hotel kitorang.
Untuk ke Kawah Bromo, jeep berhenti di kawasan parking dan kena la menapak. Menapak lagi dan lagi. Jarak dari parking ke Bromo boleh tahan la jauhnya. Jauh tak jauh dekat tak dekat la. Penat juga la senang cerita. Tapi kalau penat, don't worry be happy, buang duit je naik kuda. Tak payah penat-penat kan. Masa menapak bergantung kepada tahap kelajuan dan kecergasan. Kalau santai-santai dalam 47 minit sampai la ke kaki Bromo. Tu belum naik tangga lagi tu.^^
 |
Jeep ke Mt Penanjakan dan Mt Bromo |
 |
Mount Bromo. nampak macam dekat, tapi .... |
Ada orang cakap, tangga tu ada 252 biji/batang/buah *sila pangkah yang salah* , dari bawah sampai ke puncak. Memula start panjat besungguh-sungguh la kira sebab nak bagitau orang lain kan betul ke tidak, bilang tak sampai sepuluh dah semput, terus lost count. Konon nya takpela lost count sebab nanti turun boleh kira lagi. Akhirnya harapan tinggal harapan je la. Sampai sudah tak dapat kepastian apakah benar ada 252? Ada tak ek orang yang kira betul-betul. Nak juga tau kan. Kepada sesiapa yang dah pernah kira tolong email saya boleh?^^ Tapi be careful di tangga ya. Tangganya takla curam ke apa, tapi disebabkan oleh pasir/debu yang amat banyak, tangganya jadi tidak rata dan licin.
 |
Mari mengira tangga. 1,2,3,7,11..... |
 |
252? Benarkah? |
Setelah menempuh anak tangga ni, sampai la kami ke Puncak Gunung Bromo. Di crater lip Bromo ni, tidak ada sebarang pagar atau apa-apa ciri keselamatan disediakan. Lepas naik tangga je terus sampai ke pinggir kawah, jenguk sikit saja sudah boleh nampak kawahnya. Sewaktu berada di sini, Bromo berada dalam kesihatan yang baik, maka tidak ada kepulan asap yang tebal dan tiada 'batuk-batuk'. Maka tiada sebarang gegaran dirasai. Dalam keadaan Bromo yang tidak sihat, kawasan ini akan ditutup dan tiada siapa dibenarkan berada di sekitar kawasan Gunung Bromo. Jadi kalau sekiranya Bromo sakit, terpaksa la tengok dari jauh je.
 |
Park at your own risk |
Terasa seriau bila orang ramai-ramai duduk sibuk tengok kawah dan sibuk mensnap gambar. Bukan apa, takut khusyuk sangat ambil gambar sampai tertolak orang ke kawah. Nauzubillah. Jadi, sila berhati-hati ya.
Setelah berhempas pulas berjalan, panjat tangga, mencelah-celah di tepi orang ramai, akhirnya dapat juga tengok kawah Bromo ni. Alhamdulillah.
 |
Mount Bromo Crater |
 |
Alhamdulillah Bromo sihat^^ |
Selesai snap gambar barang tiga empat keping, kitorang terus turun. Takut nak duduk situ lama-lama. Ramai orang. Tengah sibuk-sibuk nak ke tangga, terperasan la ada orang jual bunga. Katanya bunga ni dilempar ke dalam kawah sambil niat gitu la. Ala-ala wishing well gitu la kot. Macam-macam je diorang ni. Terbayang cerita yang ala-ala campak anak dara ke gunung berapi untuk bagi makan kononnya. Haha. Merepek sungguh.^^
 |
Penat beli bunga cantik-cantik untuk campak je. |
Pemandangan di sekeliling Bromo sangat la indah. Sungguh indah bumi Tuhan ciptakan. Ini lah antara sebab utama saya travel. Ingin melihat ciptaan Yang Maha Esa yang sangat indah. Disamping menyedarkan bahawa semua yang dilangit dan dibumi ini milik-Nya. DIA boleh mengambilnya kembali pada bila-bila masa DIA kehendaki.
 |
Mount Batok |
 |
Still a long way to go..Jauhnya jeep! |
 |
Laotan Pasir. Sea of sand. |
 |
Mount Bromo and Mount Batok |
Memori indah di Bromo akan kekal terpahat di ingatan. Semoga perjalanan ini diberkati oleh Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment