Bagusnya kalau hari hari diberi kerajinan untuk menconteng kat sini kan. Apa kan daya, vitamin M banyak sangat. Terlebih ambil supplement la^^
Apa pun, gigihkan juga la nak sambung cerita TransJava ni sampai habis. Selepas selesai panjat-memanjat Bromo, kami dihantar pulang ke hotel semula, masih dengan jeep yang sama tapi hanya tinggal kami bertiga dengan awek Czech tadi. Mamat Nepal tu terpaksa naik ojek balik ke hotel sebab dia nak balik awal. Sampai hotel je terus kami serbu kafe untuk breakfast. Makan buffet tapi pilihan makanan tak banyak. Takpe la, belasah je apa yang ada, lapar gila dah kot. Dah la bangun awal, panjat memanjat lagi. Memang la lapar gila. Dah siap breakfast terus ke bilik kemas barang dan check out. Van yang sama dari Probolinggo semalam sudah siap menanti di depan hotel. Driver pun orang yang sama juga. Tengok driver je dah rasa cuak nak naik van tu. Confirm la die merempit lagi nanti.
Van Probolinggo<>Cemoro Lawang |
Tepat 11.15am, van terus bergerak dan tak sampai sepuluh minit semua orang dah hanyut dengan mimpi masing-masing. Penat agaknya, lagipun mengantuk sebab bangun awal. Tinggal la daku keseorangan terkebil-kebil sambil melayan pemandangan sepanjang perjalanan. Sejam 45minit kemudian kami tiba di Situbondo, kawasan pesisir pantai. Van berhenti di sebuah restoran di tepi pantai untuk makan dan toilet.
Situbondo |
Kartimore- terletak dalam Kebun Balawan coffee plantationlebih kurang 7km dari Sempol.
Arabika- terletak dalam Kebun Kalisat coffee plantation,terletak di Sempol dan lebih kurang 13km ke Pos Paltuding.
Jampit Villa-terletak 14km dari Sempol di Jampit.
Ijen Resort- top-end resort yang terletak di kaki Ijen.
Jam 5.15pm kami selamat tiba di Arabika. Cantik tempatnya, simple tapi ada satu feeling yang best^^. Arabika ni terletak dalam kawasan kebun kopi. Terletak lebih kurang 1km dari jalan utama, kiri dan kanan sepanjang jalan menuju ke hotel ada pokok-pokok kopi. Kat sini juga ada menghasilkan kopi tahi musang iaitu kopi luwak. Mengikut cerita seorang staf di sini, tetamu boleh melawat ke tempat mereka menghasilkan kopi luwak, dan boleh melihat musang-musang 'bekerja' membuat kopi. Selain kopi ada juga kebun strawberi katanya. Malangnya kami sampai dah lewat. Tak sempat nak tengok apa-apa. Esok pagi buta lagi dah checkout dan gerak ke Ijen. Rugi rugi.
Arabika Guesthouse, Sempol |
Arabika Guesthouse |
No comments:
Post a Comment