04 November 2011

Sheikh Zayed Grand Mosque, Abu Dhabi




Sheikh Zayed Grand Mosque

Nama penuh masjid ini ialah Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan Grand Mosque. Panjang nama penuh nya. tapi masjid ini lebih dikenali dengan nama Sheikh Zayed Mosque saja, yang bin tu biasa nya tidak dinyatakan.

Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan. panjang sungguh nama masjid.
Masjid ini terletak di bandar Abu Dhabi, tidak berapa jauh dari Yas Island yang menempatkan Yas Marina Circuit, yang digunakan untuk perlumbaan F1 dan lain-lain grand prix. Selain itu, Ferrari World dan Movie World oleh Warner Bros juga terletak di situ.


Perkarangan Masjid

Sedikit info menarik berkenaan masjid ini. Idea asal masjid ini datang nya dari arwah Presiden UAE iaitu Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Beliau disemadikan di kawasan masjid ini, sebelum pintu masuk ke masjid. 



Masjid ini adalah masjid terbesar di UAE dan kelapan terbesar di dunia. Luas keseluruhan masjid ini lebih kurang lima kali saiz padang bola. Memang luas, dan sangat cantik. Dikatakan, masjid ini mampu menampung sehingga 40,000 orang jemaah. 


Sheikh Zayed Mosque has 82 domes with 7 different size


Masjid ini menggunakan tenaga dan idea manusia dari pelbagai negara termasuk bahan-bahan binaan dan bahan untuk interior. Antara negara yang terlibat ialah Malaysia, Iran, China, UK, Morocco, Germany, Greece dan Italy. lebih dari 3000 pekerja dan 38 syarikat kontraktor terlibat dalam pembinaan masjid ini.

Design masjid ini diinspirasikan dari seni bina Mughal dan Moorish seperti masjid yang terdapat di Pakistan dan Morocco. Masjid yang mempunyai 4 minaret ini mempunyai 82 kubah dengan 7 saiz berlainan. Masjid ini juga dikatakan mempunyai permaidani terbesar di dunia yang dihasilkan oleh sebuah kilang karpet di Iran. Keluasan karpet ini ialah 5,627 meter persegi dan disiapkan oleh lebih kurang 1,300 orang pekerja. Berat karpet ini memcecah sehingga 35 tan dan dihasilkan dari wool yang berasal dari New Zealand dan Iran dan, hampir 2 tahun untuk menyiapkan keseluruhannya! amazing!
Man Prayer Hall

Man Prayer Hall

Di dalam masjid terdapat 7 lampu chandelier yang dibuat dari berjuta-juta kristal swarovski yang diimport khas dari Germany. Salah satu dari chandelier tersebut dikatan yang ketiga terbesar dunia yang mempunyai 10 m diameter dan 15m tinggi!

Inside the mosque, Picture from Wikipedia


Tempat wuduk lelaki

Women ablution



corak bunga diukir dari marble seperti di Taj Mahal. cantik sangat!

Masjid pada waktu malam sangat cantik

Sheikh Zayed Grand Mosque at night


Keseluruhannya masjid ini bernilai lebih kurang 2 billion AED.
sumber dari wikipedia. untuk pembacaan lebih lanjut boleh klik sini



No comments:

Post a Comment