Assalamualaikum,
Sambung lagi cerita TrasJava. Tepat jam 3.30am pintu bilik kami diketuk "Mbak,mbak, bangun mbak. Jam 4 jeep nunggu di depan hotel ya" "Ya, udah bangun pak.Makasih ya Pak". Memang dah tersedar pun masa tu, tak lena tidur kot excited nak panjat Bromo. Lebih kurang pukul 3.45am, kami berjalan ke depan hotel. Banyak jeep sedang menunggu penumpang masing-masing. Kami terpinga-pinga juga sebab tak tahu nak naik yang mana satu. Tetiba datang la sorang mamat ni cakap suruh naik jeep dia, kira ejen yang kami bayar tu dah pass pada dia untuk ke Gunung Penanjakan dan Gunung Bromo. Dalam jeep dah ada seorang lelaki dari London katanya, tapi muka tak macam mat london langsung. Pape je la kan. Lebih kurang 10 minit duduk dalam jeep, kami tak gerak-gerak lagi. Jeep lain banyak yang dah bertolak ke Penanjakan. Rupa-rupanya kena tunggu ada 2 orang lagi awek dari Czech Republic, terbabas tidur agaknya. Jam 4 suku lebih akhirnya kami bergerak ke Gunung Penanjakan. Jarak dari hotel ke kaki Gunung Penanjakan tidak la jauh mana, lebih kurang 15 minit kami dah sampai. Memandangkan kami agak lewat, maka jeep terpaksa la parking agak jauh sedikit sebab dah penuh dengan jeep-jeep lain. Jadi terpaksa la kami menapak ekstra.
Gelap. Kelam. Debu. Sejuk. Bercampur. Hanya cahaya dari lampu suluh sahaja yang menjadi penunjuk untuk kami melangkah. Dengan penuh semangat waja, kami memulakan langkah ke puncak. Tanpa sebarang warm up, kami terus mendaki. Menggagahkan diri sambil berharap semua ini akan berbaloi. Jalan berdebu menjadi kelam dan debu-debu berterbangan. Kaki-kaki yang melangkah ke Gunung Penanjakan semakin banyak. Setelah hampir setengah jam lebih, kami sampai ke viewpoint. Tapi kami hanya berhenti di viewpoint di bawah kerana terlalu ramai manusia di atas 'deck-viewpoint'. Jadi kami hanya berhenti satu level sebelum puncak dan mencari port yang agak jelas untuk melihat sunrise. Sebelum tu, kami cari port untuk solat subuh dahulu. Wuduk dah ambil siap-siap masa kat hotel.
Akhirnya, inilah hasilnya penat lelah memanjat tadi *takde la penat mana pun sebenarnya*
Mount Bromo, Mount Semeru and Mount Batok |
Satu view yang sangat indah. Sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Hanya mata yang melihat bisa meceritakan segala yang dirasai.
Mt Batok |
Masing-masing khusyuk menikmati pemandangan indah Mt Bromo,Batok dan Semeru |
Geng profesional tak abes-abes ambil gambar ^^ |
Sunrise. Indahnya. |
beautiful sunrise |
mystery fog? tapi indah kan? |
No comments:
Post a Comment