08 November 2011

Surabaya in 19 hours

Assalamualaikum wbt,

Sementara tengah rajin ni meh nak sambung cerita ceriti TransJava hari tu. Selepas adegan kejar mengejar dengan Air Asia di LCCT, akhirnya Alhamdulillah selamat sampai di Bandara Juanda/Juanda International Airport, Surabaya. Untuk pengetahuan *bagi yang belum tahu*, bandara tu sebenarnya singkatan dari bandar udara=bandara, selama berkenalan dengan bahasa Indonesia ni, saya perhatikan diorang ni suka buat singkatan macam tu, antara yang saya ingat, anjal=anak jalanan, warkop=warung kopi dan banyak lagi la.. ada satu tempat tu panggil nasgor, boleh teka kan apa maksudnya? Aha..betul tu, nasi goreng. Macam-macam diorang ni.macam kelakar pun ada. Tapi saya tidak pernah tengok sebarang drama, sinetron atau filem indonesia. saya tidak suka. sangat2 tidak suka  *tetiba je.apatah kaitannya* =)


Okeh, berbalik kepada cerita Surabaya, kami touchdown lebih kurang 5.20pm WIB(waktu indonesia barat). Kiranya perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit. Masa kami sampai tu sudah mahu gelap, baru lepas maghrib gitu. Trip kali ini banyak diuruskan oleh Lin untuk tempahan penginapan dan juga transport dari airport ke hotel di Surabaya. Kami hanya booking hotel untuk di Bromo dan Ijen sebab dua2 tu dalam hutan kan, takut-takut la tak ada hotel ke apa ke kan, mana nak tidur dalam hutan gitu.ada juga yang nangis cari mak nanti ^^ So Lin book la untuk dua tempat tu.


Maggi tawar. tak sedap.kalau naik AA jangan beli ni. ^^

Urusan di airport senang saja, tak ada apa-apa masalah. Tak banyak songeh la airport Surabaya ni, lagipun kecil je pun airport nya. Sebaik kami keluar dekat ketibaan tu, En Wong sudah setia menanti kami. Wong ni sebenarnya orang sarawak, dia kahwin dengan orang surabaya dan menetap di sana. dia memang banyak tolong orang Malaysia yang ke sana. Kalau ke Surabaya boleh la kontek Wong ni. baik orang nya. Lemah lembut gitu, penuh kesopanan dan kesusilaan ^^ dan yang paling best dia charge tak mahal.

Dari airport kami terus ke Stasiun Kereta Api Gubeng, stesen keretapi untuk ke mana-mana bandar di Pulau Jawa ni dari Surabaya. Kami terus ke sini sebab nak beli tiket untuk esok pagi ke Probolinggo. Beli lambat2 kang takut habis pula. indon ni umat nya ramai sangat. jadi faham-faham la kalau bab-bab tiket ni. Unsangkarable orang kata ^^
Harga tiket dari Gubeng ke Probolinggo berbeza mengikut kelas. Untuk ke Probolinggo ada dua kelas, bezanya aircond dan tarak aircond-fresh air- fresh ke? Tepuk hidung tanya tangan ^^
Memandangkan kami sedikit hagah *sombong* pada waktu itu, kami ambil yang ada aircond, padahal 2 jam je pun sampai Probolinggo.^^

After selesai urusan tiket, urusan mengisi perut pulak. Wong mencadangkan kami cuba nasi ayam penyet yang konon nya sangat feymes di kota Surabaya ini. Kami pun mengiyakan je la. Maklum la, perut dah menyanyi macam-macam, dahla masa dalam flight makan maggi tawar je, tapi, bersyukur lah, dapat juga makan maggi at least, walaupun tawar hebe. Nama resto nya Bu Kris Ayam Penyet. Kat mana kedai nya lupa la pulak.maaf. Saya pernah cuba sekali je nasi ayam penyet kat KL, tapi serius tak suka, lagipun macam mahal je, tidak berbaloi-baloi.. kalau tanya saya yang Bu Kris nya, rasanya so so je la.nak kata sedap sangat pun tidak, nak kata tidak sedap pun tidak. tapi memang selamat la ayam penyet tu dikerjakan kami.tinggal tulang je. lapar atau sedap? sukar untuk ditafsirkan ^^

Bu Kris Ayam Penyet Surabaya

Setelah selesai mengerjakan ayam-ayam di Bu Kris, kami ke House of Sampoerna. Secara ringkasnya, ianya adalah sebuah kilang menghasilkan rokok turun temurun sejak dulu kala. Memandangkan ku malas nak translate, maka ini lah info dari buku LP.
It is the home of one of Indonesia’s most famous kretek cigarette manufacturers. Whatever you think about the tobacco industry, this factory and museum makes a fascinating place to visit. The building itself is a wonderful 19th-century Dutch structure, originally an orphanage but later converted into a theatre (indeed Charlie Chaplin once dropped by). The former lobby now forms the museum and is something of a shrine to the Sampoerna empire, with exhibits on the use of cloves and the history of kretek in Indonesia alongside uniforms and drums of the Sampoerna marching band and other quirky company curios"- Info ini di copy paste dari buku Lonely Planet Indonesia ^^

House of Sampoerna-entrance-

the musem is laid out over two floors. the first floor is a series of galleries covering the history of the family, the company and memorabilia from the company's early days. the second floor hold a surprise. on reaching the top of the stairs, you're faced with a large glass that look out over a still functioning factory where it still make its premium cigarettes by hand. the scene is little bit surreal as the hundreds of ladies' hand move faster than eye can follow. the small area of a second floor let you see a group of ladies work close up as they roll, clip and box cigarettes at the rate about 4,000 per person per day! Amazing kan?


Antara barang sejarah yang dipamerkan

Design rokok yang berbeza-beza. Macam-macam negara ada

Mesin Pencetak Kuno


House of Sampoerna

Selesai tengok rokok segala, kami bergerak ke hotel. Baru ku tahu rupa-rupanya Lin sudah booking bilik  di sebuah hotel. Lupa sudah namanya. Wong pun bawak la kami ke hotel tersebut. Tiba-tiba *suspen ni* bilik kami sudah diambil orang, orang hotel kata ingatkan tak jadi datang, maka dia let go bilik kat orang lain. Belum sampai 5 jam kat Surabaya dah ada satu masalah. Tak pe tak pe, rilek, bertenang..Nasib baik la kami dengan Wong boleh dia rekomenkan mana nak stay, kalau naik teksi naya jugak rasanya nak cari malam-malam. mau triple teksi ketuk nanti. Wong cadangkan kami ke Hotel Paviljoen. kami pun ikut je la. tengok bilik macam ok je kami terus setuju. lagipun malas nak banyak songeh walaupun Wong tu baik. tak nak ambil kesempatan la kononnya ^^

Masa on the way mencari hotel, Wong cadangkan kami ke Pulau Madura yang mana tidak jauh dari bandar Surabaya, bukan la ke bandar Madura, sekadar merentasi laut/sungai ke Pulau Madura melalui Jambatan SuraMadu (Surabaya+Madura?), beli sourvenir dan patah balik semula ke Surabaya. setelah berbincang2, kami bersetuju, alang-alang dah kat Surabaya kan.. Wong just suruh kami bayar tol jambatan pergi balik je. dia tak ambil extra charge. baik kan Wong ni?^^  So lepas check in hotel selesai kami ke Jambatan SuraMadu. On the way tu Wong rekomen lak beli roti dan aiskrim kat Holland Bakery. Sedap katanya..kami pun layan je la, singgah beli aiskrim dan roti untuk bekalan makan dalam train esok. Es krim nya sedap dong. harus dicoba^^

Holland Bakery. Kat Jakarta pun ada

Jambatan SuraMadu

Jambatan SuraMadu

Lepas balik semula ke Surabaya dari Pulau Madura, Wong ajak kami jalan lagi. Katanya di Surabaya ada satu kawasan orang yang super kaya. rumah macam istana disneyland *ayat menyedapkan cerita* ^^.. and again, no extra charge.. kami pun apa lagi, orang dah bagi free, layannnn.. Kawasan tersebut nama Galaxi Alam Permai, Araya 1- kalau tak salah la. Rumah kawasan tu memang besar-besar. besar giler kot. design pelik-pelik pula tu. Kami dah macam spy pulak bawa kereta slow slow, snap2 gambar, nasib baik tak kena tangkap dengan satpam *pak gad* ^^

Antara rumah sempat kami snap
Di Indonesia ni, jurang terlalu besar. Yang kaya terlampau kaya, dan yang miskin terlampau miskin, sampai tidur bawah jambatan. kesian. apakan daya. Tapi ia banyak mengajar ku erti bersyukur. Alhamdulillah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan.

to be continue.....

No comments:

Post a Comment