22 November 2011

Dari Banyuwangi ke Bali

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan Yang Maha Pencipta masih meminjamkan nyawa yang entah bila akan diambil kembali. Moga kita sentiasa berada dibawah rahmatNya.

Episod TransJava bersambung lagi. Kali ni dari Pulau Jawa ke Pulau Bali pula.
Selesai menyaksikan keindahan Kawah Ijen, lebih kurang jam 10 pagi kami semua bertolak ke Banyuwangi. Perjalanan dari Ijen ke Banyuwangi mengambil masa lebih dan kurang 1jam 45minit. Jalan agak hazab, banyak jalan tidak berturap, lopak dan seangkatan dengannya. Kalau mudah pening sila sedia plastik awal-awal ye^^
Selat Bali
Jeti feri untuk ke Bali terletak di Ketapang. Ia terletak kira-kira 9km dari Banyuwangi dan mengambil masa lebih kurang 15minit. Jam 11.45pagi kami selamat tiba di Ketapang. Kami diturunkan di sebuah travel agency di hadapan jeti. Makanya kami di-pass pula ke travel agency lain, agent untuk Ijen sudah selesai tugasnya. So pass baton ke agent feri dan bas Gilimanuk-Denpasar pula. Kami tidak perlu lagi bayar apa-apa sehingga ke Denpasar. Semua sudah dikira sekali dalam pakej. Rakan-rakan se-van berpecah mengikut hala tuju masing-masing, mamat France ke Jogjakarta, mamat Itali dan Holland dan awek Czech ke Bali juga tetapi pakej mereka hanya sampai di Ketapang. Kami dan beberapa geng-geng Europe yang lain terpaksa tunggu di pejabat agent untuk konformasi tiket. Hanya kami je orang tak putih, yang lain semua orang putih. Pelik jugak semua Europe, langsung tiada negara lain. Van yang lagi satu yang sama-sama di Arabika dan Ijen juga semua European, kebetulan kah?
Ketapang Ferry pier
Pelabuhan Penyeberangan Ketapang
Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam di pejabat TA untuk menaiki feri ke Gilimanuk. Masing-masing dah bising dan bengang kenapa lama sangat. Mamat Itali tadi dah selamat sampai Gilimanuk dah, dah duduk dalam bas ke Denpasar pun. Kami, masa terbuang begitu sahaja. Bazir masa je. On my opinion, kalau nak ambil pakej, ambil sampai Ketapang je. Yang lain tu dah boleh handle sendiri sebab senang public transport banyak. Tiket feri hanya 7000rp dan bas Gilimanuk-Denpasar dalam 30k-50kRp.
Dari Ketapang ke Gilimanuk mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Dan setibanya di jeti Gilimanuk, stesen bas hanya di seberang jalan. Jalan tak sampai 5 minit dah sampai stesen.

Jam 3 petang kami selamat tiba di Gilimanuk. Sewaktu tiba di jeti, kami dipandu arah oleh seorang lelaki dari pejabat TA di Ketapang. Pada awalnya kami sangkakan kami akan dibawa ke Denpasar menaiki van seakan di Ijen memandangkan kami sekumpulan, tapi, apa yang berlaku sebenarnya, lelaki tersebut hanya guide kami ke stesen bas di seberang jalan dan kami disuruh naik public bas*tiada AC, buruk,bas henti-henti*. Apakah? Baik tak payah pakej kalau tahu macam tu. Perjalanan Gilimanuk-Denpasar mengambil masa 3 jam- bas ekspress-, bayangkan bas buruk henti-henti orang turun naik? Sabar je lah.
Welcome to Gilimanuk,Bali
Masalah kami tidak terhenti di situ. Masalah lain pula yang timbul. Bas tersebut tak nak jalan! Sebab? Sebab lelaki yang agent tadi tidak bayar yang sepatutnya kepada driver bas. Tiket sepatutnya 30kRp seorang tapi dia hanya bayar 20kRp. Apakah?Mengapakah? Dan dia terus lesap. Bila kami contact TA di Ketapang katanya dia tak boleh nak selesaikan sebab duit semuanya telah dibayar kepada lelaki tadi. Kecoh gila kot dalam bas, orang putih semua tertanya-tanya apa yang berlaku. Driver bas hanya cakap dengan kami dan terpaksa la kami translate terangkan pada diorang. Bengang tak bengang la kan. Banyak sungguh buang masa. hari semakin lewat. Perjalanan masih jauh. Dan, semua tak nak mengalah, driver suruh kami bayar 10kRp baru dia akan jalan dan mat-mat saleh semua suruh jalan dulu half way baru nak bayar. On driver side, dia takut bila dah jalan kami tak nak bayar and on our side, kami takut bila dah bayar dengan driver sekali lesap. Last-last kami mengalah, saya tolong kutip 10kRp pastu bayar pada pak supir.
Sesaat selepas duit dibayar, driver lesap! Biar betik diorang ni! Dalam bas ketika itu hanya ada 3 atau 4 sahaja orang tempatan dan tiba-tiba mereka bersuara "Sudah bayar ya?Kenapa bayar dulu, nanti turun baru bayar" What?Seriously? Ini memang kes tipu ni. Mat-mat saleh bising lagi. What now? Tetiba Ruben jerit "Now where is the f**king driver?" Ah sudah, masing-masing dah nak mengamuk. Kami terdiam dan hanya mampu senyum. Dalam kebisingan diorang membebel tetiba Sebastian pula jerit "Malaysian ladies, can u please follow me to find and talk to the driver?" "yes,sure" Turun dari bas je Sebastian membebel lagi -never find something like this, malaysia is much better and bla bla bla- "U translate everything i'll say,ok" OK. Kalau dia mencarut macam mana nak translate kat driver tu. Erkk. Rupa-rupanya driver bas tu pergi minum dan sembang dengan kawannya. Gila kurang asam kot. Katanya tunggu orang *tunggu makcik yang tengah minum di gerai yang sama* Gila tak gila la kan diorang ni. Suka suki je berurusan cara mereka sendiri. hampir sejam lebih masa terbuang disebabkan pakcik bawa lari duit tu. Dugaan. Sabar je la. Tapi bila dikenang kembali ianya satu kenangan yang menarik, kelakar^^

No comments:

Post a Comment