13 November 2011

from Surabaya to Mt Bromo

Assalamualaikum,

Ok. tenet kembali lembab. memandangkan mood berblog ni berkadar langsung dengan kelajuan tenet, maka secara matematik nya mood berblog juga menjadi lembab. betul tak teori saya cikgu matematik? Jap, lembab ke lembap ek? Mana-mana je la ^^  Ok enough. Mari kita sambung bercerita jalan-jalan Transjava yang tak tahu bila boleh habis ni.

Keesokan harinya, kiranya hari kedua la ni, bangun dengan penuh semangat walaupun tidur atas tilam yang keras macam plywood. Memandangkan Hotel Paviljoen ni tak berapa nak ada bintang, maka kami memang assume tidak ada sesi makan-makan di pagi hari. Sekali tengah sibuk-sibuk bersiap tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Staf hotel hantar breakfast rupanya. Wah, ni dah ala-ala breakfast on bed gitu. Walaupun hanya roti bakar dengan air teh kira ok la dari takde langsung kan. Selesai mengerjakan roti dan air tu kami terus checkout dan meneruskan misi menawan Bromo..menawan kah?^^

Bed and breakfast at Hotel Paviljoen

Dari hotel ke Stasiun Gubeng mengambil masa lebih kurang 10 minit je, tambang 15,000Rp termasuk tiket untuk teksi boleh masuk dalam untuk drop kami. Kalau takmo bayar 5000Rp, teksi akan berhenti di luar dan kena jalan kaki jauh sikit la. Sebenarnya takde la jauh mana pun, saja malas ^^

Kami sampai di stesen lebih kurang jam 8.30pagi, train ke Probolinggo jam 9.Jadi ada lebih kurang setengah jam tu kami lepak-lepak je di stesen tu. Ramai juga nampak backpacker tengah tunggu keretapi di platform yang sama dengan kitorang. Rasanya diorang ni pun semua nak ke Bromo juga. Hampir betul juga la tekaan kami sebab ramai yang turun di Probolinggo, yang backpacker tidak turun pun ada juga, mungkin terus ke Banyuwangi untuk ke Bali.

# Oh, lupa nak beritahu, untuk ke Bromo harus ambil keretapi ke Probolinggo ya, jangan pulak cakap nak tiket ke Bromo kat kaunter tiket tu^^

Stasiun Gubeng, Surabaya
Siap ada orang nyanyi tau. Menghiburkan orang kebosanan menunggu ketibaan kereta api. Satu idea yang bagus. Tapi memang kebanyakan stesen diorang ni memang ada nyanyi nyanyi kot. Di stesen bas Surabaya pun ada juga orang nyanyi. So, jangan risau la kalau train atau bas lambat, layan je diorang nyanyi.

borang untuk beli tiket

Perjalanan dari Stasiun Gubeng ke Probolinggo mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam train ada mini kantin, jadi kalau tak sempat breakfast sebelum naik train boleh la cuba makan kat sini. As for me and Lin kitorang makan la juga sebab tak kenyang pun makan roti sekeping kat hotel. Saya makan nasi goreng dengan air teh dan Lin makan mee soto. Nak kata sedap tu tak la tapi boleh tahan la, cukup untuk mengisi ruang-ruang kosong di dalam perut. Harga pun berpatutan, nasi+air 22kRp dan soto 10kRp. Boleh la kan?^^

Nasi goreng dan Mee Soto
Dalam tengah duk khusyuk menikmati pemandangan di luar sambil makan nasi goreng di kantin, ternampak la sesuatu yang pelik. Sekali tengok macam kubur, tapi warna-warni. Apakah? Disebabkan tidak sempat untuk ambil gambar masa first time nampak tu, dengan gigihnya ku tunggu di jendela sambil bersedia dengan kamera untuk menembak. Dari jauh dah nampak colourful tu terus ready dan inilah hasilnya. Memang KUBUR! Tolong tolong! Peliknya! Anehnya!.Batu nisan nya colourful. Ya Allah, macam-macam la diorang ni. Haish. Pelik pelik pelik. Tak pelik ke?^^
*gambar kurang jelas sebab guna kamera cap itik*

Batu nisan colourful di Surabaya. Pelik kan?
Kelas yang ada aircond. Lebih kurang train Malaysia.


Stasiun Probolinggo

Tepat jam 11pagi kami selamat tiba di Stasiun Probolinggo. Boleh tahan ramai juga orang turun di stesen ni, semua nak ke Bromo agaknya.  Keluar dari stesen je ada 2 orang mamat datang kat kitorang,
"Mau ke Bromo ye mbak? Ayuh mbak kita punya mobil tuk ke sana" *ini adegan biasa bila sampai di probolinggo* Kami memang tak layan la sebab memang dah baca dari blog dan Lonely Planet cakap diorang ni memang akan tunggu di stesen dan tawarkan pakej ke Bromo dan harga pakej yang ditawarkan akan dimulai dengan harga yang sangat mengetuk kepala. So kami cakap la yang kami nak ke Stesen Bas Bayuangga dan dari sana ambil bas/minivan ke Cemoro Lawang. Bila kami bagitau nak ke Bayuangga dia cakap dia boleh hantarkan sebab mereka ni sebenarnya pemandu angkot(sejenis public transport di Indonesia), cuma bila kita bagitau nak ke Bromo dia akan bawa ke pejabat ejen, kiranya dia dapat komisen la bawa orang ke ejen tu. Setelah berbincang dan bersetuju dengan harga iaitu 3000Rp seorang kami naik la angkot, sambil berkali-kali bagitau "ke Bayuangga ya pak" "Ya mbak" katanya. Masa kami naik, semua muka-muka asing *yang sah-sah nak ke Bromo* je yang ada dalam angkot tu. Masing-masing dah rasa pelik dan mula buat muka pelik tapi konon2nya bersangka baik la, semua rakan se-angkot-an ni nak ke Stesen Bas Bayuangga
.
Tapi, as expected, naluri kami betul, driver angkot bawa kitorang ke ejen. Oh tidak!! Benar lah apa yang ditulis di blog-blog mereka yang pernah pergi, memang diorang akan bawa ke ejen. Mula-mula tu memang kitorang konon2 marah juga la kenapa tipu dan 'sila bawa kami ke bayuangga'. Kitorang tak turun pun, duduk je dalam angkot tu. Pastu supirnya bilang "ngak papa mbak, dengar aja dulu dong harganya, kalau ngak suka ngak papa, nanti aku bawa ke sana.coma nya dengar dulu dong.Ayuh!" Kami pun dengan baik hatinya dengar la orang ejen tu bagitau. Pung pang dia iklan, mula-mula memang tak layan la, angguk-angguk je konon dengar, tiba-tiba orang tu tanya "Selepas Bromo mau ke Ijen ngak?" Kami angguk "Kalau gitu sekalian aja paketnya. Nanti dari Ijen kalau mau bisa langsung ke Bali" Kitorang terus Eh Eh, macam mana pakcik ni tau kitorang nak ke Bali lepas Ijen.^^ So kitorang pun getting more interested dengan ceritanya.

Pendekkan cerita, kitorang akhirnya bersetuju untuk ambil pakej dengan dia. Kenapa? Pertamanya sebab kami nak ke Ijen selepas Bromo, untuk ke Ijen memang agak payah untuk ke Jampit-kalau solo senang sikit sebab boleh naik ojek dari Bondowoso. Ini nanti cerita dalam tajuk Ijen. Kalau sekadar untuk ke Bromo boleh naik minivan je ke Cemoro Lawang. Lagi satu, pakej kami ni termasuk jeep untuk ke Gunung Penanjakan untuk tengok sunrise. Kira hassle free la. Tak payah dah nak cari cari lagi untuk jeep nanti. Kesimpulannya, pakej kami termasuk
1.Minivan dari Probolinggo ke Cemoro Lawang(sampai hotel)
2.Jeep untuk ke Gunung Penanjakan dan ke Kawah Bromo
3.Minivan dari Bromo ke Probolinggo- sampai sini tukar van yang lebih selesa dan baru
4.Van dari Probolinggo ke Jampit(sampai Hotel Arabika)
5.Van dari Hotel Arabika ke Pos Paltuding(starting point untuk ke Kawah Ijen)
6.Pos Paltuding ke Ketapang (terminal feri Java-Bali)
7.Feri dari Ketapang ke Gilimanuk
8.Bas dari Gilimanuk ke Denpasar
Menarik kan? sebab tu kami ambil sebab tak payah dah susah-susah nak fikir nanti nak naik apa from one point to another point. Konon nak jadi backpacker tapi tak nak susah-susah ek. Apa la^^







No comments:

Post a Comment