Showing posts with label Surabaya. Show all posts
Showing posts with label Surabaya. Show all posts

18 November 2011

Trekking to Ijen Crater

Assalamualaikum,

Tak perlu cakap banyak, terus sambung cerita^^
Pagi di Arabika

Hari yang indah dan sangat menenangkan jiwa di Arabika. Seawal jam 4 pagi kami sudah bersiap sedia dan penuh bersemangat untuk ke Kawah Ijen. Jam 4.30 kami dah tercongok di kafe bersedia untuk isi perut. Ingatkan kami ni dah sampai awal ke kafe-tempat berkumpul+makan-, rupa-rupanya kami dah antara yang lewat. Apa daa.. Terpaksa bawa breakfast jadi bekal makan dalam van. Kalau tak makan nanti takut lapar pulak nak trekking berkilo-kilometer kan. Walaupun breakfastnya cuma roti dengan telur je at least ada la juga untuk alas perut. Kalau makan kenyang sangat pun tak boleh juga sebenarnya. Boleh muntah nanti.
Dah kalut-kalut kami naik van, tetiba van jalan tak sampai lima minit dah berhenti. Kenapa pula diorang ni. Rupa-rupanya ada lagi yang belum bangun tidur! Biar betik diorang ni. Boleh pula layan tidur sampai terbabas macam tu sekali. Sabo je la. Tunggu punya tunggu, punya la lama diorang ni bersiap, hampir 20minit keluar la mamat dengan muka kusut masai rambut tak sikat lepas mandi terkedek-kedek angkat barang ke van. Ingatkan dia seorang je lambat, sekali tunggu lagi, keluar la lagi 5 orang. Mak ai, tidur berjemaah apa diorang ni. Disebabkan diorang kami semua lambat hampir setengah jam. Dah la kami kami ini stamina macam siput, pukul berapa nak sampai Ijen ni. Masing-masing dalam van bengang je. Yang tak tahan kami terpaksa jadi translator sebab diorang semua duk tanya-tanya what happen^^ In fact, sepanjang perjalanan dari Probolinggo sampai sudah kami jadi translator. Apa-apa hal bapak supir nya bilang sama kami dan disuruhnya translate beritahu sama 'bule'. Macam-macam la diorang ni semua.

Sedikit info mengenai Kawah Ijen, dipetik dari wikipedia,
Kompleks gunung berapi Ijen adalah sekumpulan stratovolcanoes, di Jawa Timur, Indonesia. Ia adalah di dalam kaldera Ijen yang lebih besar, yang merupakan kira-kira 20 kilometer lebar. Gunung Merapi stratovolcano adalah titik tertinggi dari kompleks itu. Nama gunung berapi ini menyerupai gunung berapi yang berbeza, Gunung Merapi di Jawa Tengah, juga dikenali sebagai Gunung Merapi; terdapat juga gunung berapi yang ketiga bernama Marapi di Sumatera. Nama "Merapi" bermaksud "api" dalam bahasa Indonesia.
Barat Gunung Merapi adalah gunung berapi Ijen, yang mempunyai kira-kira satu kilometer lebar dan berwarna biru turquoise. Kawah aktif di Kawah Ijen mempunyai jejari bersamaan 361 meter (1,184 kaki), permukaan 0,41 kilometer persegi (0.16 batu persegi). Ia adalah 200 meter (660 kaki) dalam dan mempunyai isipadu sebanyak 36 hectometres padu (29.000 ekar · persegi).
Pada tahun 2008, George Kourounis seorang explorer mengambil bot getah kecil keluar ke tasik berasid tersebut untuk mengukur keasidan air. PH air dalam kawah adalah 0.5 kerana asid sulfurik. Untuk membaca lebih lanjut mengenai Ijen ini boleh tengok di sini.

Berbalik kepada cerita memanjat ke Kawah Ijen, setelah lewat hampir 30minit, Pak Supir terus memecut laju ke Pos Paltuding, laju tak laju mana la kan, jalan tak berapa nak cantik^^. Perjalanan dari Arabika ke Pos Paltuding mengambil masa hampir 50minit. Rasa macam tak jauh dah dari Arabika, tapi hampir sejam juga untuk sampai ke Pos Paltuding. Tak tahu la kenapa. Apa pun, lebih kurang jam 6pagi kami semua selamat tiba di Pos Paltuding. Dan tanpa membuang masa, semua terus start trekking. Tinggal kami je la selambe buat rilek. Dahla stamina siput lagi nak rilek-rilek. Memang saja cari hal kan, nanti orang duk tertunggu tunggu kami  untuk ke destinasi berikutnya. Haish. Sokmo la lambat.Bila nak insaf ni^^
Pos Paltuding

Starting point 
Tepat jam 6.10pagi kami pun mula la mengesot di celah-celah pohon nan rendang, nyaman,sunyi dan sungguh mendamaikan. Tiada nampak kelibat seorang pun rakan rakan se-van kami. Laju sungguh diorang ni. Hari-hari praktis panjat gunung ke apa diorang ek. Envy!
Tempat persinggahan/RnR sulfur miner
Walking on clouds?
Setelah berjalan, berlari, dan mengesot hampir 1jam 30minit, kami sampai dengan jayanya ke puncak. Sampai terus toleh kiri, Ya Allah, sangat cantik. Speechless sebentar. Terus terdiam, menikmati dengan penuh rasa kesyukuran dapat melihat keindahan bumi Tuhan. Hilang semua rasa penat.
Ijen Crater



Ijen Crater-The turquoise acidic lake
Sebenarnya visitor tidak dibenarkan turun ke bawah di tepi tasik, Hanya pekerja sahaja yang dibenarkan, Tapi siapa nak kisah kan arahan tu. Bukan boleh buat pape pun. kami hanya memandang dari atas. Ikut perintah la konon nya padahal penakut^^. Tapi sememangnya agak berbahaya jalan untuk turun ke bawah dan asap sulfur itu boleh menyebabkan sesak nafas. So, if u wish to go down there please be careful. Mengikut cerita dalam LP pernah ada orang lelaki Perancis jatuh kat kawasan batu tu semasa sedang panjat ke atas dan meninggal. Be careful.
Sila baca^^
sulfur fumes at Ijen Crater
Yang nampak kecil-kecil tu orang-orang yang degil turun ke bawah. Tak baca arahan diorang ni^^
Permukaan berbatu di sekitar tasik
Gunung berapi Ijen menghasilkan banyak sulfur. Pelombong sulfur bangun di antara 2 hingga 4 pagi untuk mendaki ke kawah yang kira-kira lebih daripada 3 km untuk mengorek keluar sulfur dengan tangan. Selepas mereka memuatkan dua bakul penuh sulfur, mereka mengambil masa kira-kira 3 hingga 5 jam bergegas kembali ke kaki gunung berapi dengan beban antara 60kg ke 100kg di belakang mereka. Tidak dapat bayangkan bagaimana mereka lakukan ini setiap hari. Dengan hakikat bahawa mereka hanya mendapat kira-kira Rp 600 sekilo, ianya sangat menyakitkan melihat mereka mengankat bakul tersebut lebih daripada 3 km. Kebanyakan mereka membuat dua kali perjalanan setiap hari. Berjalan sendiri tanpa beban sudah cukup memenatkan, apalagi kalau bawa beban berpuluh-puluh kilo. Fuuhh ..Yep, hidup mesti diteruskan.
Sulfur miner at Ijen. Oh beratnya!!

Ini lah rupa sulfur yang sudah keras
Untuk melihat gambar yang lebih stunning boleh tengok kat website The Big Picture. Gambar di waktu malam memang sangat cantik. Gambar di bawah antara nya. Cantik kan?Kalau diberi peluang memang nak sangat pergi ke sini waktu malam.

 A sulfur miner stands inside the crater of the Kawah Ijen volcano at night, holding a torch, looking towards a flow of liquid sulfur which has caught fire and burns with an eerie blue flame. (© Olivier Grunewald)Photo from The Big Pictures.

For full photo, check this out. Awesome!
http://www.boston.com/bigpicture/2010/12/kawah_ijen_by_night.html
Dan ini gambar siang hari di Ijen
http://www.boston.com/bigpicture/2009/06/sulfur_mining_in_kawah_ijen.html

Setelah meluangkan masa hampir sejam di sekitar kawah Ijen, kami bergerak kembali ke van untuk meneruskan perjalanan ke Bali menyeberangi Selat Bali dari Ketapang ke Gilimanuk. 
Perjalanan turun jauh lebih cepat dari naik. Masa memanjat tadi hampir 90minit untuk sampai ke puncak, tapi bila turun 45 minit je dah selamat sampai ke bawah. Separuh masa naik tu, nampak sangat la naik tadi mengesot kan^^
Sesungguhnya kawah Ijen memang cantik. In fact, Kawah Ijen adalah tasik berasid terbesar di dunia dan hanya terdapat 3 tasik sahaja sepertinya, volcano Kusatsu-Shirane di Jepun dan Poas di Costa Rica.



Surrounding Ijen Crater

Kembali ke pangkal jalan^^

17 November 2011

dari Mount Bromo ke Ijen Crater

Assalamualaikum,

Bagusnya kalau hari hari diberi kerajinan untuk menconteng kat sini kan. Apa kan daya, vitamin M banyak  sangat. Terlebih ambil supplement la^^
Apa pun, gigihkan juga la nak sambung cerita TransJava ni sampai habis. Selepas selesai panjat-memanjat Bromo, kami dihantar pulang ke hotel semula, masih dengan jeep yang sama tapi hanya tinggal kami bertiga dengan awek Czech tadi. Mamat Nepal tu terpaksa naik ojek balik ke hotel sebab dia nak balik awal. Sampai hotel je terus kami serbu kafe untuk breakfast. Makan buffet tapi pilihan makanan tak banyak. Takpe la, belasah je apa yang ada, lapar gila dah kot. Dah la bangun awal, panjat memanjat lagi. Memang la lapar gila. Dah siap breakfast terus ke bilik kemas barang dan check out. Van yang sama dari Probolinggo semalam sudah siap menanti di depan hotel. Driver pun orang yang sama juga. Tengok driver je dah rasa cuak nak naik van tu. Confirm la die merempit lagi nanti.
Van Probolinggo<>Cemoro Lawang
Lebih kurang jam 9.30am kami bertolak ke Probolinggo untuk ke Kawah Ijen. As expected driver van kami drive macam bawak kereta racing. Macam van tiada brek, laju je memecut, potong memotong. Agak skeri meri la sebab saya dengan Lin duduk di seat depan, sebelah driver. 1jam10minit je dah sampai di pejabat ejen tempat kami beli pakej. Sampai sini semua bergerak ke destinasi masing-masing. Ada yang kembali ke Surabaya, ada yang langsung ke Ketapang untuk ke Bali dan ada juga yang ikut kami ke Kawah Ijen. Kami ditukar ke van lain yang lebih besar dan selesa sebab perjalanan agak jauh untuk ke Kawah Ijen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam termasuk stop sejam untuk makan.

Tepat 11.15am, van terus bergerak dan tak sampai sepuluh minit semua orang dah hanyut dengan mimpi masing-masing. Penat agaknya, lagipun mengantuk sebab bangun awal. Tinggal la daku keseorangan terkebil-kebil sambil melayan pemandangan sepanjang perjalanan. Sejam 45minit kemudian kami tiba di Situbondo, kawasan pesisir pantai. Van berhenti di sebuah restoran di tepi pantai untuk makan dan toilet.
Situbondo
Perjalanan diteruskan lagi setelah hampir sejam berhenti di Oriental Purnama Restaurant. Dari Situbondo, kami melewati Bondowoso, Wonokusomo dan tiba di Sempol. Terdapat beberapa hotel di sekitar kawasan Sempol yang boleh diinap untuk ke Kawah Ijen. Antara yang disebut oleh Lonely Planet ialah Kartimore, Arabika, Jampit Villa dan Ijen Resort.
Kartimore- terletak dalam Kebun Balawan coffee plantationlebih kurang 7km dari Sempol.
Arabika- terletak dalam Kebun Kalisat coffee plantation,terletak di Sempol dan lebih kurang 13km ke Pos Paltuding.
Jampit Villa-terletak 14km dari Sempol di Jampit.
Ijen Resort- top-end resort yang terletak di kaki Ijen.

Jam 5.15pm kami selamat tiba di Arabika. Cantik tempatnya, simple tapi ada satu feeling yang best^^. Arabika ni terletak dalam kawasan kebun kopi. Terletak lebih kurang 1km dari jalan utama, kiri dan kanan sepanjang jalan menuju ke hotel ada pokok-pokok kopi.  Kat sini juga ada menghasilkan kopi tahi musang iaitu kopi luwak. Mengikut cerita seorang staf di sini, tetamu boleh melawat ke tempat mereka menghasilkan kopi luwak, dan boleh melihat musang-musang 'bekerja' membuat kopi. Selain kopi ada juga kebun strawberi katanya. Malangnya kami sampai dah lewat. Tak sempat nak tengok apa-apa. Esok pagi buta lagi dah checkout dan gerak ke Ijen. Rugi rugi.
Arabika Guesthouse, Sempol
Sampai di reception counter, ada lagi satu masalah. Kalau di Bromo hari tu masalah harga kena ketuk, kali ni di Ijen lain pula ceritanya. Booking tarak katanya. Yillek. Nehi. Lin berkali-kali minta awek di kaunter check kan booking nama Wong, dia tetap caap takde. Sudah. Mana nak tidur dalam kebun kopi ni. Hotel-hotel terdekat tiada, paling dekat pun 7km. Lagipun kami semua satu van kena stick together sebab akan gerak sama-sama sampai la ke Banyuwangi. Setelah di semak menyemak, nasib kami baik, ada satu bilik kosong. Masalahnya bilik tersebut mahal, lebih mahal dari yang kami booking. Setelah berbincang sesama mereka, akhirnya mereka setuju untuk bagi kami harga seperti yang di book. So, kami dapat la bilik yang berharga 250kRp tapi hanya bayar 190kRp. Oh bagusnya kalau selalu macam ni kan^^
Arabika Guesthouse

16 November 2011

Mount Bromo

Assalamualaikum,

Sambung lagi dan lagi cerita TransJava selepas tengok sunrise di Mt Penanjakan. Kalau belum baca boleh la usha kat sini. Ok. Lebih kurang jam 6.20am kami sampai ke tempat parking jeep. Semua orang sudah setia menunggu. Masing-masing buat muka pelik je. Nape pulak diorang ni kan. Rupa-rupanya kitorang lambat, katanya sepatutnya kumpul balik kat jeep pukul 6. Eh eh, bila masa pula ada orang beritahu suruh kumpul pukul 6. Takde sesape cakap apa pun masa kitorang sampai tadi. Bengang tak bengang la kan diorang tunggu. Kesian pula rasanya. Yang mamat London orang Nepal sebenarnya tu rupanya kena balik awal ke hotel sebab dah book ticket ke Surabaya. Bersalah pula rasa. Tapi mana la kitorang tahu. Moralnya, sila janji betul-betul dengan rakan se-jeep pukul berapa nak gerak. Tanpa membuang masa lagi, driver terus pecut ke Bromo. Dari kaki Mt Penanjakan ke kaki Bromo lebih kurang 20 minit, lalu balik jalan depan hotel kitorang.

Untuk ke Kawah Bromo, jeep berhenti di kawasan parking dan kena la menapak. Menapak lagi dan lagi. Jarak dari parking ke Bromo boleh tahan la jauhnya. Jauh tak jauh dekat tak dekat la. Penat juga la senang cerita. Tapi kalau penat, don't worry be happy, buang duit je naik kuda. Tak payah penat-penat kan. Masa menapak bergantung kepada tahap kelajuan dan kecergasan. Kalau santai-santai dalam 47 minit sampai la ke kaki Bromo. Tu belum naik tangga lagi tu.^^
Jeep ke Mt Penanjakan dan Mt Bromo
Mount Bromo. nampak macam dekat, tapi ....
Ada orang cakap, tangga tu ada 252 biji/batang/buah *sila pangkah yang salah* , dari bawah sampai ke puncak. Memula start panjat besungguh-sungguh la kira sebab nak bagitau orang lain kan betul ke tidak, bilang tak sampai sepuluh dah semput, terus lost count. Konon nya takpela lost count sebab nanti turun boleh kira lagi. Akhirnya harapan tinggal harapan je la. Sampai sudah tak dapat kepastian apakah benar ada 252? Ada tak ek orang yang kira betul-betul. Nak juga tau kan. Kepada sesiapa yang dah pernah kira tolong email saya boleh?^^ Tapi be careful di tangga ya. Tangganya takla curam ke apa, tapi disebabkan oleh pasir/debu yang amat banyak, tangganya jadi tidak rata dan licin.
Mari mengira tangga. 1,2,3,7,11.....

252? Benarkah?


Setelah menempuh anak tangga ni, sampai la kami ke Puncak Gunung Bromo. Di crater lip Bromo ni, tidak ada sebarang pagar atau apa-apa ciri keselamatan disediakan. Lepas naik tangga je terus sampai ke pinggir kawah, jenguk sikit saja sudah boleh nampak kawahnya. Sewaktu berada di sini, Bromo berada dalam kesihatan yang baik, maka tidak ada kepulan asap yang tebal dan tiada 'batuk-batuk'. Maka tiada sebarang gegaran dirasai. Dalam keadaan Bromo yang tidak sihat, kawasan ini akan ditutup dan tiada siapa dibenarkan berada di sekitar kawasan Gunung Bromo. Jadi kalau sekiranya Bromo sakit, terpaksa la tengok dari jauh je. 
Park at your own risk
Terasa seriau bila orang ramai-ramai duduk sibuk tengok kawah dan sibuk mensnap gambar. Bukan apa, takut khusyuk sangat ambil gambar sampai tertolak orang ke kawah. Nauzubillah. Jadi, sila berhati-hati ya.

Setelah berhempas pulas berjalan, panjat tangga, mencelah-celah di tepi orang ramai, akhirnya dapat juga tengok kawah Bromo ni. Alhamdulillah.
Mount Bromo Crater

Alhamdulillah Bromo sihat^^
Selesai snap gambar barang tiga empat keping, kitorang terus turun. Takut nak duduk situ lama-lama. Ramai orang. Tengah sibuk-sibuk nak ke tangga, terperasan la ada orang jual bunga. Katanya bunga ni dilempar ke dalam kawah sambil niat gitu la. Ala-ala wishing well gitu la kot. Macam-macam je diorang ni. Terbayang cerita yang ala-ala campak anak dara ke gunung berapi untuk bagi makan kononnya. Haha. Merepek sungguh.^^
Penat beli bunga cantik-cantik untuk campak je.
Pemandangan di sekeliling Bromo sangat la indah. Sungguh indah bumi Tuhan ciptakan. Ini lah antara sebab utama saya travel. Ingin melihat ciptaan Yang Maha Esa yang sangat indah. Disamping menyedarkan bahawa semua yang dilangit dan dibumi ini milik-Nya. DIA boleh mengambilnya kembali pada bila-bila masa DIA kehendaki.
Mount Batok

Still a long way to go..Jauhnya jeep!
Laotan Pasir. Sea of sand.
Mount Bromo and Mount Batok

Memori indah di Bromo akan kekal terpahat di ingatan. Semoga perjalanan ini diberkati oleh Yang Maha Esa.

15 November 2011

Sunrise at Mt Penanjakan and Mt Bromo


Assalamualaikum,

Sambung lagi cerita TrasJava. Tepat jam 3.30am pintu bilik kami diketuk "Mbak,mbak, bangun mbak. Jam 4 jeep nunggu di depan hotel ya" "Ya, udah bangun pak.Makasih ya Pak". Memang dah tersedar pun masa tu, tak lena tidur kot excited nak panjat Bromo. Lebih kurang pukul 3.45am, kami berjalan ke depan hotel. Banyak jeep sedang menunggu penumpang masing-masing. Kami terpinga-pinga juga sebab tak tahu nak naik yang mana satu. Tetiba datang la sorang mamat ni cakap suruh naik jeep dia, kira ejen yang kami bayar tu dah pass pada dia untuk ke Gunung Penanjakan dan Gunung Bromo. Dalam jeep dah ada seorang lelaki dari London katanya, tapi muka tak macam mat london langsung. Pape je la kan. Lebih kurang 10 minit duduk dalam jeep, kami tak gerak-gerak lagi. Jeep lain banyak yang dah bertolak ke Penanjakan. Rupa-rupanya kena tunggu ada 2 orang lagi awek dari Czech Republic, terbabas tidur agaknya. Jam 4 suku lebih akhirnya kami bergerak ke Gunung Penanjakan. Jarak dari hotel ke kaki Gunung Penanjakan tidak la jauh mana, lebih kurang 15 minit kami dah sampai. Memandangkan kami agak lewat, maka jeep terpaksa la parking agak jauh sedikit sebab dah penuh dengan jeep-jeep lain. Jadi terpaksa la kami menapak ekstra.

Gelap. Kelam. Debu. Sejuk. Bercampur. Hanya cahaya dari lampu suluh sahaja yang menjadi penunjuk untuk kami melangkah. Dengan penuh semangat waja, kami memulakan langkah ke puncak. Tanpa sebarang warm up, kami terus mendaki. Menggagahkan diri sambil berharap semua ini akan berbaloi. Jalan berdebu menjadi kelam dan debu-debu berterbangan. Kaki-kaki yang melangkah ke Gunung Penanjakan semakin banyak. Setelah hampir setengah jam lebih, kami sampai ke viewpoint. Tapi kami hanya berhenti di viewpoint di bawah kerana terlalu ramai manusia di atas 'deck-viewpoint'. Jadi kami hanya berhenti satu level  sebelum puncak dan mencari port yang agak jelas untuk melihat sunrise. Sebelum tu, kami cari port untuk solat subuh dahulu. Wuduk dah ambil siap-siap masa kat hotel.

Akhirnya, inilah hasilnya penat lelah memanjat tadi *takde la penat mana pun sebenarnya*

Mount Bromo, Mount Semeru and Mount Batok

Satu view yang sangat indah. Sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Hanya mata yang melihat bisa meceritakan segala yang dirasai.

Mt Batok 

Masing-masing khusyuk menikmati pemandangan indah Mt Bromo,Batok dan Semeru

Geng profesional tak abes-abes ambil gambar ^^
Sunrise. Indahnya.
beautiful sunrise
mystery fog? tapi indah kan?

14 November 2011

Hotel di Cemoro Lawang for Mt Bromo

Assalamualaikum,

Sambung lagi cerita selepas beli pakej dari ejen di Probolinggo. Setelah selesai urusan jual beli pakej kami diminta naik minivan yang setia menunggu mangsa-mangsa untuk diketuk oleh ejen. Kalau diperhatikan pada minivan tu memang cam takde harapan nak sampai Cemoro Lawang, tapi bak kata pepatah, don't judge book by its cover, walaupun nampak agak buruk tapi laju wooo^^

Cemoro Lawang adalah base untuk ke Gunung Bromo dan Gunung Penanjakan. Kebanyakan hotel dan losmen terletak di sini dan beberapa di Ngadisari. On my opinion, lebih baik stay di CL dari Ngadisari sebab lebih dekat dengan Bromo. Boleh tengok dari bilik je Bromo tu.  Jarak dari Probolinggo ke CL hanyalah lebih kurang 38km sahaja. Kalau kat highway ni 25minit je kan sampai, tapi untuk ke CL ni, walaupun dekat tapi jauh, 2jam baru sampai -termasuk stop di Ngadisari untuk yang menginap di Yoschi-. Jalan menuju ke CL agak sempit dan mendaki agak curam sesetengahnya, tapi driver nya bawak macam duk kat highway, laju gila. Dahla main potong je kereta lori di selekoh. Bahaya sungguh. Rasa cam naik rollercoaster lak. Skeri meri sungguh. Biasa orang naik 2 jam kitorang 1j35m dah sampai. Fuhh.. Nasib baik bukan jenis mudah muntah, kalau tak bersiap sedia la dengan plastik kosong yer^^

Antara hotel yang feymes dan terdapat dalam Lonely Planet ialah Cemara Indah Hotel- hotel ni betul betul duduk ngadap Bromo, keluar lobi toleh kiri nampak la Bromo dan Gunung Batuk-, Cafe Lava Hostel-ramai mamat saleh Europe kat sini,tak tau kenapa,kebetulan kot masa tu-, Hotel Bromo Permai 1-hotel kami, lokasi agak menarik, tidak dekat tapi tidak jauh dari Bromo, still boleh nampak dari cafe dan depan bilik-

Hotel Cemara Indah, Cemoro Lawang
Cafe Lava Hostel

Yoschi's Hotel, Bromo, Ngadisari

Lebih kurang jam 1.45pm kami selamat sampai di Hotel Bromo Permai 1. Cuaca sangat baik masa kami sampai. Sejuk yang best, sederhana dan langit pun biru. Cantik. SubhanaAllah.. Lin sudah book melalui Wong, kira macam minta tolong dia book kan. Motif? Sebab Wong dikira orang local, harga pun kira local, bukan tourist, harga tidak mengetuk kepala. Kami terus ke reception, 4 orang cowok tersengeh-sengeh menyambut kami.
"Selamat datang mbak. Bisa dibantu?"
"Terima kasih. Ya, kami udah booking kamar untuk bertiga atas nama Wong"
"Ok. Sebentar ya mbak" "Ok. Kamar untuk bertiga ya, kamar kami hanya untuk berdua, hanya punya 2 ranjang, jika bertiga harus tambah 55kRp ya. Maka harganya 380kRp untuk 3 orang"
Lin- "Apa? Wong bilang ianya cuma 230kRp untuk satu kamar"
"Ngak mbak, harganya emang begitu"
"Sebentar ya. Kami harus bincang. Kerna budgetnya udah berbeda"
Lin tak puas hati. apa hal harga wong bagitau lain. Wong cakap 230k je. Macam mana ni? Bersungguh la kami berbincang sambil2 tambah drama -mahal la, tipu la, cari tempat lain jom!-
Tiba-tiba cowok di kaunter panggil
"Sebentar ya mbak, kami cek lagi"
Ok. *tunggu,tunggu,tunggu*
"Ok mbak, gini aja ya, kamar itu 230kRp tapi harus ditambah 55k untuk seorang lagi. Maka semuanya 285kRp ya"
"Okeh. Cun. Terima kasih".
Laju je jawab ok. Pandai juga kami berdrama. Sebenarnya Lin kurang pasti harga nya 230k. Yang pasti tak sampai 300k la. Saya rasa Lin main sebut agak-agak je masa tu. Kesian kesian diorang percaya.^^
Nampak sangat kan bagaimana mereka suka mengetuk kepala tourist. Suka suki dia je nak bagi harga berapa. Nasib baik dah biasa dengan perangai diorang yang suka mengambil kesempatan ni.
#Moral of the story, jangan mudah terima apa jua harga yang diberikan. Bargain hard. Try your luck. Mana tau kan. Tak salah pun cuba untuk minta kurang. Bukan hanya untuk hotel je, untuk pape yang logik la, yang boleh ditawar-menawar.

Hotel Bromo Permai 1, Cemoro Lawang
Siap check in segala, solat, terus keluar jalan-jalan. Tak boleh buang masa, rugi.^^
Kami keluar jalan-jalan sambil mencari tempat untuk mengisi perut. Tempat paling ok untuk makan adalah di kafe hotel. Kami cuba untuk mencari warung tapi ngak ada. Kalau ada pun 'kedai kopi' yang sangat kecil tu, tak ada pilihan nak makan. So satu satu kafe hotel kami masuk. Masuk kafe Cemara Indah, tengok menu dan harga tak ngam, kami keluar. Last last masuk Cafe Lava restoran, tengok menu terus order sebab dah malas nak jalan. Lepas makan kami naik ojek ke Gunung Penanjakan, saja saja jalan buang duit sebab esok pagi untuk tengok sunrise di situ juga. Sebenarnya kami agak tipah tertipu la sebab supir ojek tu bilang mau ke tempat lain, sekali tengok esoknya tempat yang sama. Apo kan dayo kan. Redha je la^^
Malamnya kami hanya melepak di hotel, di restoran Widodaren makan piza. Balik bilik terus tarik selimut sebab esok pagi kena bangun pukul 3.30am. Kami request wake up call takut terbabas.^^

13 November 2011

from Surabaya to Mt Bromo

Assalamualaikum,

Ok. tenet kembali lembab. memandangkan mood berblog ni berkadar langsung dengan kelajuan tenet, maka secara matematik nya mood berblog juga menjadi lembab. betul tak teori saya cikgu matematik? Jap, lembab ke lembap ek? Mana-mana je la ^^  Ok enough. Mari kita sambung bercerita jalan-jalan Transjava yang tak tahu bila boleh habis ni.

Keesokan harinya, kiranya hari kedua la ni, bangun dengan penuh semangat walaupun tidur atas tilam yang keras macam plywood. Memandangkan Hotel Paviljoen ni tak berapa nak ada bintang, maka kami memang assume tidak ada sesi makan-makan di pagi hari. Sekali tengah sibuk-sibuk bersiap tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Staf hotel hantar breakfast rupanya. Wah, ni dah ala-ala breakfast on bed gitu. Walaupun hanya roti bakar dengan air teh kira ok la dari takde langsung kan. Selesai mengerjakan roti dan air tu kami terus checkout dan meneruskan misi menawan Bromo..menawan kah?^^

Bed and breakfast at Hotel Paviljoen

Dari hotel ke Stasiun Gubeng mengambil masa lebih kurang 10 minit je, tambang 15,000Rp termasuk tiket untuk teksi boleh masuk dalam untuk drop kami. Kalau takmo bayar 5000Rp, teksi akan berhenti di luar dan kena jalan kaki jauh sikit la. Sebenarnya takde la jauh mana pun, saja malas ^^

Kami sampai di stesen lebih kurang jam 8.30pagi, train ke Probolinggo jam 9.Jadi ada lebih kurang setengah jam tu kami lepak-lepak je di stesen tu. Ramai juga nampak backpacker tengah tunggu keretapi di platform yang sama dengan kitorang. Rasanya diorang ni pun semua nak ke Bromo juga. Hampir betul juga la tekaan kami sebab ramai yang turun di Probolinggo, yang backpacker tidak turun pun ada juga, mungkin terus ke Banyuwangi untuk ke Bali.

# Oh, lupa nak beritahu, untuk ke Bromo harus ambil keretapi ke Probolinggo ya, jangan pulak cakap nak tiket ke Bromo kat kaunter tiket tu^^

Stasiun Gubeng, Surabaya
Siap ada orang nyanyi tau. Menghiburkan orang kebosanan menunggu ketibaan kereta api. Satu idea yang bagus. Tapi memang kebanyakan stesen diorang ni memang ada nyanyi nyanyi kot. Di stesen bas Surabaya pun ada juga orang nyanyi. So, jangan risau la kalau train atau bas lambat, layan je diorang nyanyi.

borang untuk beli tiket

Perjalanan dari Stasiun Gubeng ke Probolinggo mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam train ada mini kantin, jadi kalau tak sempat breakfast sebelum naik train boleh la cuba makan kat sini. As for me and Lin kitorang makan la juga sebab tak kenyang pun makan roti sekeping kat hotel. Saya makan nasi goreng dengan air teh dan Lin makan mee soto. Nak kata sedap tu tak la tapi boleh tahan la, cukup untuk mengisi ruang-ruang kosong di dalam perut. Harga pun berpatutan, nasi+air 22kRp dan soto 10kRp. Boleh la kan?^^

Nasi goreng dan Mee Soto
Dalam tengah duk khusyuk menikmati pemandangan di luar sambil makan nasi goreng di kantin, ternampak la sesuatu yang pelik. Sekali tengok macam kubur, tapi warna-warni. Apakah? Disebabkan tidak sempat untuk ambil gambar masa first time nampak tu, dengan gigihnya ku tunggu di jendela sambil bersedia dengan kamera untuk menembak. Dari jauh dah nampak colourful tu terus ready dan inilah hasilnya. Memang KUBUR! Tolong tolong! Peliknya! Anehnya!.Batu nisan nya colourful. Ya Allah, macam-macam la diorang ni. Haish. Pelik pelik pelik. Tak pelik ke?^^
*gambar kurang jelas sebab guna kamera cap itik*

Batu nisan colourful di Surabaya. Pelik kan?
Kelas yang ada aircond. Lebih kurang train Malaysia.


Stasiun Probolinggo

Tepat jam 11pagi kami selamat tiba di Stasiun Probolinggo. Boleh tahan ramai juga orang turun di stesen ni, semua nak ke Bromo agaknya.  Keluar dari stesen je ada 2 orang mamat datang kat kitorang,
"Mau ke Bromo ye mbak? Ayuh mbak kita punya mobil tuk ke sana" *ini adegan biasa bila sampai di probolinggo* Kami memang tak layan la sebab memang dah baca dari blog dan Lonely Planet cakap diorang ni memang akan tunggu di stesen dan tawarkan pakej ke Bromo dan harga pakej yang ditawarkan akan dimulai dengan harga yang sangat mengetuk kepala. So kami cakap la yang kami nak ke Stesen Bas Bayuangga dan dari sana ambil bas/minivan ke Cemoro Lawang. Bila kami bagitau nak ke Bayuangga dia cakap dia boleh hantarkan sebab mereka ni sebenarnya pemandu angkot(sejenis public transport di Indonesia), cuma bila kita bagitau nak ke Bromo dia akan bawa ke pejabat ejen, kiranya dia dapat komisen la bawa orang ke ejen tu. Setelah berbincang dan bersetuju dengan harga iaitu 3000Rp seorang kami naik la angkot, sambil berkali-kali bagitau "ke Bayuangga ya pak" "Ya mbak" katanya. Masa kami naik, semua muka-muka asing *yang sah-sah nak ke Bromo* je yang ada dalam angkot tu. Masing-masing dah rasa pelik dan mula buat muka pelik tapi konon2nya bersangka baik la, semua rakan se-angkot-an ni nak ke Stesen Bas Bayuangga
.
Tapi, as expected, naluri kami betul, driver angkot bawa kitorang ke ejen. Oh tidak!! Benar lah apa yang ditulis di blog-blog mereka yang pernah pergi, memang diorang akan bawa ke ejen. Mula-mula tu memang kitorang konon2 marah juga la kenapa tipu dan 'sila bawa kami ke bayuangga'. Kitorang tak turun pun, duduk je dalam angkot tu. Pastu supirnya bilang "ngak papa mbak, dengar aja dulu dong harganya, kalau ngak suka ngak papa, nanti aku bawa ke sana.coma nya dengar dulu dong.Ayuh!" Kami pun dengan baik hatinya dengar la orang ejen tu bagitau. Pung pang dia iklan, mula-mula memang tak layan la, angguk-angguk je konon dengar, tiba-tiba orang tu tanya "Selepas Bromo mau ke Ijen ngak?" Kami angguk "Kalau gitu sekalian aja paketnya. Nanti dari Ijen kalau mau bisa langsung ke Bali" Kitorang terus Eh Eh, macam mana pakcik ni tau kitorang nak ke Bali lepas Ijen.^^ So kitorang pun getting more interested dengan ceritanya.

Pendekkan cerita, kitorang akhirnya bersetuju untuk ambil pakej dengan dia. Kenapa? Pertamanya sebab kami nak ke Ijen selepas Bromo, untuk ke Ijen memang agak payah untuk ke Jampit-kalau solo senang sikit sebab boleh naik ojek dari Bondowoso. Ini nanti cerita dalam tajuk Ijen. Kalau sekadar untuk ke Bromo boleh naik minivan je ke Cemoro Lawang. Lagi satu, pakej kami ni termasuk jeep untuk ke Gunung Penanjakan untuk tengok sunrise. Kira hassle free la. Tak payah dah nak cari cari lagi untuk jeep nanti. Kesimpulannya, pakej kami termasuk
1.Minivan dari Probolinggo ke Cemoro Lawang(sampai hotel)
2.Jeep untuk ke Gunung Penanjakan dan ke Kawah Bromo
3.Minivan dari Bromo ke Probolinggo- sampai sini tukar van yang lebih selesa dan baru
4.Van dari Probolinggo ke Jampit(sampai Hotel Arabika)
5.Van dari Hotel Arabika ke Pos Paltuding(starting point untuk ke Kawah Ijen)
6.Pos Paltuding ke Ketapang (terminal feri Java-Bali)
7.Feri dari Ketapang ke Gilimanuk
8.Bas dari Gilimanuk ke Denpasar
Menarik kan? sebab tu kami ambil sebab tak payah dah susah-susah nak fikir nanti nak naik apa from one point to another point. Konon nak jadi backpacker tapi tak nak susah-susah ek. Apa la^^