Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

26 November 2011

3 hari 2 malam di Bali

Assalamualaikum,

Cerita ceriti bersambung dari sini selepas kami ditipu sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pulau Bali. Setelah semuanya selesai, kami bertolak dari Stasiun Bas Gilimanuk lebih kurang jam 4 petang menuju ke Denpasar. Di dalam bas Lin duduk bersama Ana, dua-dua tidur dengan nyenyaknya. Penat agaknya. Saya pulak duduk dengan anak kepada makcik yang menyebabkan bas kami lambat gerak tadi. Masing-masing diam. Setelah hampir sejam, saya memulakan bicara
"Mbak mau pulang ke Denpasar ya?" "Oh ngak. Mau ke rumah saudara nikah. Kamu dari mana?Malaysia ya?" "Ya,Malaysia.Mbak dari mana?" "Jakarta. dari Jakarta naik kereta api ke Surabaya dan kemudian ke Banyuwangi. Naik feri dan bas ini. Capek dong" "Jauh skali ya mbak" Macam-macam hal kami bersembang.  Habis semua cerita keluar. Linda namanya, orangnya baik, cakapnya banyak^^
Dipendekkan cerita, Linda tanya mana nak stay malam ini. Pada asalnya kami plan untuk langsung ke Kuta dan cari losmen di sana. Tapi memandangkan semua masalah yang menyebabkan kami lewat tadi kami memilih untuk bermalam di Denpasar. Kebetulan Linda pun nak stay di Denpasar, jadi dia cadangkan kami beberapa guesthouse di sekitar stesen bas.
Jam 7.50 malam WIB kami selamat tiba di Denpasar. Di Bali waktunya berbeza dengan Pulau Jawa, beza sejam cepat. Kiranya kami sampai jam 8.50 malam. Waktu Bali sama dengan kita Malaysia, GMT +8.
Turun dari bas kami terus follow Linda, dia tolong tunjukkan jalan untuk ke hotel. Terdapat beberapa hotel/guesthouse di belakang stesen bas Denpasar, boleh la pilih mengikut bajet anda. Kami memilih untuk stay di hotel yang sama dengan Linda iaitu Hotel Suar Mas. Bilik double single bed hanya 55kRp saja. Untuk kami, bahagi pula dengan 3, seorang dalam 18kRp je. Murah. Seronok. Bilik biasa-biasa je la. Standard. Ada kipas je. Kalau nak yang aircond pun ada tapi kami tak nak. Cukup la sekadar untuk tidur satu malam je. Esok pagi-pagi hari dah nak jalan ke Kuta. Selesai check in segala, kami keluar makan di sekitar area depan hotel, mini mart pun ada. Balik bilik terus terbongkang. Penat ditipu^^
Hotel di Denpasar
Pagi-pagi bangun terus berkemas untuk check out dan bergerak ke Kuta. Sebelum berpisah kami bertukar-tukar contact dan masing-masing meneruskan perjalanan ke destinasi. Mereka semua bergerak ke Gili Island, Lombok. Ikutkan hati nak je ikut pergi Lombok tapi lain kali la. One thing yang saya suka lakukan masa travel ialah bercakap dan berkenalan dengan traveller lain. Bukan soal gatal nak kenal mat saleh ke apa, takde maknanya tu, tapi sekadar bertukar dan berkongsi cerita pengalaman travel. Mamat France yang kami berpisah di Banyuwangi contohnya, dia dalam tour selama 10 bulan bermula di Bangkok dan berakhir di Argentina. Sewaktu kami bertemu di Bromo dan Ijen dia sudah kembara hampir 3 bulan termasuk Malaysia. Seronok mendengar cerita mereka yang travel . Kita pun turut teruja sama dengar diorang sembang.

Dari Denpasar kami menaiki bemo ke Kuta. Memandangkan hari masih awal, kami singgah di kedai souvenir Erlangga 2. Kedainya besar, macam-macam ada. Just choose and pay. Selesai di Erlangga, kami mencari teksi ke Kuta untuk mencari guesthouse. Dipendekkan cerita, driver teksi yang kami tahan memberi offer untuk bawa kami tour, pusing-pusing Ubud, Tanah Lot dan Kuta. Memandangkan kami tidak punya banyak masa, kami pun ON je la. Senang sekali jalan terus. Lagipun malas nak mengangkut bagpack ke sana sini nak tahan teksi lagi.
Ubud rice terrace
Tempat pertama pak supir bawa ke mall sebab kitorang nak tukar duit, rupiah dah kering kontang^^. Lepas tu kami terus ke Ubud. Apa yang menarik? Entah la. Ubud ni ada kawasan rice terrace yang agak cantik, tapi kami tak pergi. Kami hanya ke bandar ubud dan kawasan monyet. Tapi tu pun kami tak masuk. Monyet je watpe kan. Kat kampung kita pun ada, lain la taman kanggaru ke nak gak masuk^^

Dari Ubud kami ke Tanah Lot, nak layan sunset. Di Tanah Lot pun ada jual souvenir. Macam-macam ada, pilihan banyak, harga pun tak mahal.
Tanah Lot Bali

Tanah Lot, Bali

Tanah Lot Bali

sunset Tanah Lot
Habis sunset kami pun bergerak ke Kuta. Memandangkan kami belum book hotel dan tak survey langsung pun untuk hotel di Kuta ni, pak supir hanya drop kami di Jalan Legian dan kami terpaksa la menapak mencari hotel di sekitar Jalan Poppies 1 dan Jalan Poppies 2. Sekitar kawasan Jln Legian ni happening sebab banyak bar dan orang mabuk^^. Average hotel sekitar Jln Legian, Jln Poppies ialah 150kRp-500kRp bergantung pada bilik. Banyak hotel yang terletak di lorong yang hanya boleh dilalui oleh motorsikal dan basikal sahaja. Macam-macam jenis hotel ada, pilih la mengikut kesesuai kita^^
Hotel di Jalan Legian, Jalan Poppies1,2 Kuta
Akhirnya kami stay di Bali Dwipa Guesthouse, sebab itu yang paling murah kami jumpa^^
Bali Dwipa Guesthouse Kuta
Selesai checkin dan membersihkan diri kami keluar cari makan. Agak susah untuk mencari makanan halal di sekitar jalan ini. Yang banyak restaurant and bar, orang nyanyi nyanyi dan joget joget mabuk manja^^
Akhirnya kami masuk 7e beli maggi terus makan kat situ. Lepas makan Lin dan Ana pulang ke bilik dan saya melepak di pantai Kuta dengan Alessio, italian yang jumpa masa di Bromo dan Ijen. Macam-macam hal kami berbual, most of it berkenaan travel, kami exchange stories. Dia story pasal Italy dan tempat yang dia dah jejak. Dia pun dah pernah ke Malaysia dan rupanya dia seorang psychologyst, patut la rasa psycho je borak dia^^

Keesokan hari, after breakfast kami decide nak ke Uluwatu. Memandangkan Bali ni memang trip redah jadi kami hanya melawat tempat yang biasa disebut-sebut je orang kalau ke Bali. Uluwatu macam feymes je bunyi so kami nak la try jejak juga. Bila dikaji dan dikira, paling mudah dan menyeronokkan untuk ke Uluwatu adalah dengan sepeda motor. Tapi Lin dan Ana tak pandai nak bawak motor,jadi kami sewa 2 motor, seorang supir. Lin naik dengan pak supir dan Ana memrempit dengan saya. Rasanya dengan motor paling senang kot untuk melawat sekitar Kuta. Lagipun lebih freedom boleh suka suki nak ke mana.

On the way ke Uluwatu kami singgah di Padang-padang Beach. Cantik pantai nya.
Padang-padang Beach Bali
Padang-padang Beach
Selepas berhenti seketika di sini kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu. Jarak dan masa untuk ke Uluwatu saya kurang pasti sebab ada stop. Tapi tidak begitu jauh dari Kuta.
Entrance Uluwatu. Kain kuning/purple tu dia paksa pakai^^

Uluwatu, Bali

Uluwatu,Bali
Selesai Uluwatu kami ke pantai Kuta, lepak, beli sunglass, minum dan pulang ke guesthouse sebab Ana akan pulang ke KL dan saya dan Lin akan ke Solo, kembali ke Pulau Jawa.
Dari Kuta kami bercadang untuk kembali ke Denpasar dan ambil bas ke Gilimanuk untuk feri dan menaiki keretapi dari Banyuwangi ke Solo. Setelah menghantar Ana ke teksi untuk ke Ngurah Rai Airport kami berkira-kira untuk menahan teksi ke Denpasar. On the way ke Denpasar, kami berkira-kira masa perjalanan sebab dari Banyuwangi hanya ada satu trip ke Solo pada waktu petang, kalau terlepas kami terpaksa bermalam di Banyuwangi dan tunggu untuk train esok. Setelah berkira-kira, kami yakin tak sempat sampai ke Banyuwangi. Lin terus cepat-cepat bagitahu pakcik teksi tukar arah, kami nak ke airport, mencuba nasib kalau-kalau ada tiket murah. Pakcik teksi gelak je. Ni lah jadi kalau redah tak buat kira-kira^^

Kesimpulannya, Bali ni agak menarik. Pantai nya bersih. Tapi in my opinion, Bali ni overrated dan terlalu touristic. Terlalu ramai tourist, ramai mat saleh seksi, mat saleh mabuk. err, so not my thing. sebab tu kami tak stay lama. tapi sebenarnya masih banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Bali. Kintamani, Bedugul di Singaraja, Nusa Dua antara tempat yang selalu disebut-sebut kalau ke Bali. Terpulang pada pandangan masing-masing. Semua orang berbeza minat dan pendapat. Bali ni untuk berseronok bergaloks boleh la kot. Just my 2 cents..

22 November 2011

Dari Banyuwangi ke Bali

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan Yang Maha Pencipta masih meminjamkan nyawa yang entah bila akan diambil kembali. Moga kita sentiasa berada dibawah rahmatNya.

Episod TransJava bersambung lagi. Kali ni dari Pulau Jawa ke Pulau Bali pula.
Selesai menyaksikan keindahan Kawah Ijen, lebih kurang jam 10 pagi kami semua bertolak ke Banyuwangi. Perjalanan dari Ijen ke Banyuwangi mengambil masa lebih dan kurang 1jam 45minit. Jalan agak hazab, banyak jalan tidak berturap, lopak dan seangkatan dengannya. Kalau mudah pening sila sedia plastik awal-awal ye^^
Selat Bali
Jeti feri untuk ke Bali terletak di Ketapang. Ia terletak kira-kira 9km dari Banyuwangi dan mengambil masa lebih kurang 15minit. Jam 11.45pagi kami selamat tiba di Ketapang. Kami diturunkan di sebuah travel agency di hadapan jeti. Makanya kami di-pass pula ke travel agency lain, agent untuk Ijen sudah selesai tugasnya. So pass baton ke agent feri dan bas Gilimanuk-Denpasar pula. Kami tidak perlu lagi bayar apa-apa sehingga ke Denpasar. Semua sudah dikira sekali dalam pakej. Rakan-rakan se-van berpecah mengikut hala tuju masing-masing, mamat France ke Jogjakarta, mamat Itali dan Holland dan awek Czech ke Bali juga tetapi pakej mereka hanya sampai di Ketapang. Kami dan beberapa geng-geng Europe yang lain terpaksa tunggu di pejabat agent untuk konformasi tiket. Hanya kami je orang tak putih, yang lain semua orang putih. Pelik jugak semua Europe, langsung tiada negara lain. Van yang lagi satu yang sama-sama di Arabika dan Ijen juga semua European, kebetulan kah?
Ketapang Ferry pier
Pelabuhan Penyeberangan Ketapang
Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam di pejabat TA untuk menaiki feri ke Gilimanuk. Masing-masing dah bising dan bengang kenapa lama sangat. Mamat Itali tadi dah selamat sampai Gilimanuk dah, dah duduk dalam bas ke Denpasar pun. Kami, masa terbuang begitu sahaja. Bazir masa je. On my opinion, kalau nak ambil pakej, ambil sampai Ketapang je. Yang lain tu dah boleh handle sendiri sebab senang public transport banyak. Tiket feri hanya 7000rp dan bas Gilimanuk-Denpasar dalam 30k-50kRp.
Dari Ketapang ke Gilimanuk mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Dan setibanya di jeti Gilimanuk, stesen bas hanya di seberang jalan. Jalan tak sampai 5 minit dah sampai stesen.

Jam 3 petang kami selamat tiba di Gilimanuk. Sewaktu tiba di jeti, kami dipandu arah oleh seorang lelaki dari pejabat TA di Ketapang. Pada awalnya kami sangkakan kami akan dibawa ke Denpasar menaiki van seakan di Ijen memandangkan kami sekumpulan, tapi, apa yang berlaku sebenarnya, lelaki tersebut hanya guide kami ke stesen bas di seberang jalan dan kami disuruh naik public bas*tiada AC, buruk,bas henti-henti*. Apakah? Baik tak payah pakej kalau tahu macam tu. Perjalanan Gilimanuk-Denpasar mengambil masa 3 jam- bas ekspress-, bayangkan bas buruk henti-henti orang turun naik? Sabar je lah.
Welcome to Gilimanuk,Bali
Masalah kami tidak terhenti di situ. Masalah lain pula yang timbul. Bas tersebut tak nak jalan! Sebab? Sebab lelaki yang agent tadi tidak bayar yang sepatutnya kepada driver bas. Tiket sepatutnya 30kRp seorang tapi dia hanya bayar 20kRp. Apakah?Mengapakah? Dan dia terus lesap. Bila kami contact TA di Ketapang katanya dia tak boleh nak selesaikan sebab duit semuanya telah dibayar kepada lelaki tadi. Kecoh gila kot dalam bas, orang putih semua tertanya-tanya apa yang berlaku. Driver bas hanya cakap dengan kami dan terpaksa la kami translate terangkan pada diorang. Bengang tak bengang la kan. Banyak sungguh buang masa. hari semakin lewat. Perjalanan masih jauh. Dan, semua tak nak mengalah, driver suruh kami bayar 10kRp baru dia akan jalan dan mat-mat saleh semua suruh jalan dulu half way baru nak bayar. On driver side, dia takut bila dah jalan kami tak nak bayar and on our side, kami takut bila dah bayar dengan driver sekali lesap. Last-last kami mengalah, saya tolong kutip 10kRp pastu bayar pada pak supir.
Sesaat selepas duit dibayar, driver lesap! Biar betik diorang ni! Dalam bas ketika itu hanya ada 3 atau 4 sahaja orang tempatan dan tiba-tiba mereka bersuara "Sudah bayar ya?Kenapa bayar dulu, nanti turun baru bayar" What?Seriously? Ini memang kes tipu ni. Mat-mat saleh bising lagi. What now? Tetiba Ruben jerit "Now where is the f**king driver?" Ah sudah, masing-masing dah nak mengamuk. Kami terdiam dan hanya mampu senyum. Dalam kebisingan diorang membebel tetiba Sebastian pula jerit "Malaysian ladies, can u please follow me to find and talk to the driver?" "yes,sure" Turun dari bas je Sebastian membebel lagi -never find something like this, malaysia is much better and bla bla bla- "U translate everything i'll say,ok" OK. Kalau dia mencarut macam mana nak translate kat driver tu. Erkk. Rupa-rupanya driver bas tu pergi minum dan sembang dengan kawannya. Gila kurang asam kot. Katanya tunggu orang *tunggu makcik yang tengah minum di gerai yang sama* Gila tak gila la kan diorang ni. Suka suki je berurusan cara mereka sendiri. hampir sejam lebih masa terbuang disebabkan pakcik bawa lari duit tu. Dugaan. Sabar je la. Tapi bila dikenang kembali ianya satu kenangan yang menarik, kelakar^^