Assalamualaikum,
Dah masuk December dah. Tak lama lagi dah tahun baru. Makin hari makin bertambah usia kita dan makin pendek jangka masa untuk kita kembali bertemu Yang Maha Esa. Moga kita sentiasa berada di landasan yang benar dan moga kita sentiasa kekal dalam iman dan taqwa. InsyaAllah.
Berbalik kepada perjalanan ke bumi Jawa, dari Bali akhirnya kami naik flight sebab bila kira-kira balik harga lebih kurang je untuk ke Solo. Kitorang naik Wings Air, kapal terbang kecik macam Firefly tu. Bali ke Surabaya lebih kurang sejam perjalanan. Kenapa kitorang ke Surabaya semula tak fly terus ke Solo? Sebab flight ke Surabaya lebih murah dan ada pada masa tu. Ke Solo tak ada.
 |
Bali>Surabaya WingsAir |
Sampai di Bandara Juanda je terus ambil bas Damri ke Stesen Bas Surabaya untuk ke Solo. Ngam ngam kitorang sampai di stesen, ada bas ke Solo dah nak jalan. Nasib baik sempat naik bas. Dahla masa tu dah agak lewat. Kalau tidak terpaksa la tunggu bas yang berikutnya jalan. Yang menarik nya dengan bas diorang ni, setiap tiket yang dibeli akan dapat satu kupon makanan. kat kupon tu boleh pilih nak makan apa. Pilihan tak la banyak pun, tapi still ok la. Nanti on the way bas akan berhenti kat R&R khas dia dan bagi kupon tu dapat la makan free. Dan, masa mula-mula naik bas semua orang dapat sebotol mineral. So tiket termasuk makanan dan minuman. Kalau la Malaysia pun boleh buat macam tu ek. Menarik!
 |
Bas Damri dari Bandara ke stesen bas Surabaya
|
 |
Stesen bas Surabaya. Macam biasa, ada free show sementara tunggu bas^^ |
 |
R&R |
 |
Ruang makan khas untuk Encik Pilot dan stewardess |
 |
antara makanan yang ada dalam kupon |
Perjalanan dari Surabaya ke Solo mengambil masa lebih kurang 5jam setengah. Dalam jam 2.50 pagi gitu kami sampai di stesen bas Solo, Stasiun Bas Tirtonardi. Sebenarnya tak jangka pun akan sampai awal di Solo, ingatkan bas nya lama 7,8 jam gitu, so kami tak plan pun mana nak stay di Solo, plan nya nak mandi dan solat di surau stesen bas dan pagi terus gerak ke Tawangmangu pastu petang terus ke Jogjakarta.
Mula-mula fikir takpe la sampai awal pun, stick to plan, tidur je kat stesen bas dalam 2 jam sebab kul 5 lebih dah subuh. Sekali tengok dia punya bas stesen, mak aiii penuh dengan umat manusia di segenap inci ruang. semua orang layan tidur, macam-macam aksi dan gaya. semua tempat diorang belasah, atas kerusi, bawah kerusi, atas lantai, mana-mana je asal ada ruang. Kami pun pergi la surau, dengan harapan tak berapa nak ada orang, sekali tengok sama jugak. yang belah ruang solat perempuan pun penuh dengan orang laki. Memang tak boleh nih katanya Alin. Buka Lonely Planet, cari hostel paling murah sebab nak tidur 2,3 jam je. Rugi je duk yang mahal-mahal^^
Kami naik teksi ke Pondok Dagdan, terletak di kawasan tidak jauh dari Keraton Surakarta. Sampai-sampai je tempat tu senyap sunyi semacam je. Pagar tertutup rapat, panggil orang takde sesape keluar. Pak cik teksi berkali-kali tanya betul ke tempat nya (pelik, dia pula yang tanya kami yang tak pernah sampai ni). Dalam tengah berkira-kira nak ke tempat lain, buka semula LP cari hostel lain, terperasan la ada nombor telefon hostel tu kat dalam LP, just try our luck, nombor tu betul dan ada orang jawab. nasib baik. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merebahkan badan yang super penat berkejar-kejar sejak dari Bali. Solat jama' isya dan maghrib pastu terus pengsan sampai pagi.
 |
Pondok Dagdan, Solo |
 |
Walaupun nampak macam tak best, tapi saya suka tempat ni. sempoi. |
Pondok Dagdan dimiliki oleh ibu Normah, masa kami sampai dia sorang je yang ada, dia jaga sendiri hostel ni, tempat nya pun kecil je. hanya ada 4 atau 5 bilik sahaja. ibu Normah sangat baik dan peramah. semua bilik tiada bilk air di dalam, shared toilet dan ada small pantri. ada kopi dan teh, boleh bancuh sendiri kalau nak minum^^
 |
Kami berdua je ada hari tu. |
 |
bilik yang sangat basic.hanya ada katil |
 |
shared bathroom dan toilet |
 |
Breakfast dunkin donuts dari Bali semalam dengan teh kacau sendiri^^ |
No comments:
Post a Comment