Malas nak tulis banyak-banyak, nak terus sambung je dari Solo^^
Dari Stesen Bus Tirtonadi Solo, kami naik becak ke Stasiun Kereta Api SoloBalapan untuk ke Jogjakarta. Dari stesen bas ke stesen keretapi mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dan tiket boleh dibeli terus di kaunter dan terus tunggu train sampai. Perjalanan dari Solo ke Jogjakarta lebih kurang 1jam 10minit. Dan kekerapan train agak banyak, setiap setengah jam kalau tak silap. Di Jogjakarta, turun di Stesen Tugu, berhampiran kawasan Malioboro.
Stesen Solobalapan
Berdiri?^^ banyak je kerusi boleh duduk,jangan risau.
Kami tiba di Stesen Tugu lebih kurang jam 5.15 petang. Dari Stesen Tugu, kami naik becak ke Jalan Sosrowijayan, di mana terdapat banyak losmen di jalan ini. Kalau rajin boleh jalan kaki je ke jalan Sosrowijayan ni sebab dekat je dari Stesen Tugu. Kami naik becak sebab tak tahu yang jalan tu dekat, kena tipu je dengan pakcik-pakcik becak kat stesen tu, diorang semua cakap jauh, psiko nak suruh naik becak rupanya. Redha je la..
Setelah berjalan mencari losmen sekitar Jln Sosro, kami pilih losmen Lucy, sebab macam biasa,murah^^. Bilik agak sempit tapi boleh la cukup ruang untuk kami berdua. Lagipun dekat dengan Jln Marlioboro dan kami boleh sewa motorsikal dan basikal di losmen Lucy ni. Senang. Lepas checkin dan solat kami sewa basikal dan mengayuhkan diri di sekitar jalan Malioboro. Best juga sesekali kayuh basikal kat tempat orang^^ First destinasi, kedai makan. Lapar. Kami makan di food court Mall Malioboro. makan tepanyaki. sedap..
Losmen Lucy
Teppanyaki di Mall Malioboro
Setelah puas dan penat mengayuhkan diri, kami lepak di lesehan di Jln Malioboro sambil-sambil layan ngamen(penyanyi jalanan). Yang syoknya, suara diorang ni memang sedap, main muzik pun best, memang layan la. Siap boleh request lagu lagi, tapi pastu kena la bagi duit sikit kat diorang.
Lesehan di Jln Malioboro
Ngamen nyanyi lagu yang direquest oleh couple meja sebelah. Layannn...
Hari kedua di Jogjakarta, kami masih takde plan mana dan apa nak buat. Yang tahu just kami nak pergi Prambanan, Borobudur dan Merapi. Lain-lain tempat tu bergantung pada masa dan keadaan. Nak stay Jogja berapa lama pun kami tak plan. Yang penting hanyalah mesti berada di Jakarta pada hari flight kami balik KL. Yang lain-lain semua tak plan apa. Untuk hari kedua kami decide nak merempit di Kota Jogja. Kami sewa motor di losmen dan terus memecut cari tempat isi perut. Kami breakfast sambil bincang plan untuk hari kedua ni di Jogja Kopitiam, tidak jauh dari losmen kami.
Hari-hari breakfast dengan Lonely Planet^^
Setelah perut terisi penuh, dengan bacaan Bismillah, kami memulakan jalan-jalan kota Jogja dengan merempit ke Prambanan. Perjalanan ke Prambanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan sepeda motor. Di Prambanan disediakan parking untuk motorsikal, dan boleh dapatkan tiket di kaunter pintu masuk. #Tip: Menyamar orang tempatan untuk elakkan dari kena charge harga tourist, bilang aja dari Acheh ya. Ngak papa^^
Tiket Candi Prambanan ada kombo bersama tiket Kraton Ratu Boko, biasanya orang yang jual tiket akan tanya samada mahu tiket Prambanan sahaja atau bersama Kraton Ratu Boko. Kami tak pernah dengar pun sebenarnya pasal Ratu ape tu(baca LP tak habis), tapi since dah sampai situ kami ambil je tiket kombo tu. Bas khas disediakan untuk ke Kraton Ratu Boko dan ambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai.
Kraton Ratu Boko
Tempat ni biasa-biasa saja. kalau ada masa lebih boleh la ke sini, tapi kalau masa tidak banyak, kraton ni boleh skip, tidak menyesal pun^^ Selepas dah bosan pusing-pusing, kami tunggu van dan kembali ke Candi Prambanan. Candi Prambanan telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Sites.
Candi Prambanan
Candi Prambanan, view dari luar
Candi Prambanan sebelum gempa bumi
Candi Prambanan-kesan selepas gempa bumi
Batu-batu kesan dari runtuhan semasa gempa bumi
Selesai melawat Prambanan, kami meneruskan misi ke Gunung Merapi untuk melihat sendiri kesan letusan gunung berapi tersebut yang telah mengorbankan nyawa penduduk termasuk 'penjaga kunci' Merapi iaitu arwah Mbah Marijan. Pada mulanya agak sukar bagi kami untuk ke Merapi memandangkan kami tidak tahu arah jalan dan tiada signboard "Merapi" untuk menunjuk arah. Setelah bertanya arah dengan seorang satpam di candi prambanan, kami memulakan perjalanan dengan sedikit petunjuk yang diberi serta signboard ke Kaliurang. Kami terpaksa berhenti beberapa kali bertanya arah kerana jalan menuju ke kaki Merapi ada banyak cabang dan simpang. Akhirnya, Alhamdulillah selamat juga kami sampai, tapi tidak sampai ke kaki Merapi yang menempatkan rumah arwah Mbah Marijan.
Kesan dari letusan Merapi. Diletakkan sebagai simbolik.
Merapi dari kejauhan
Kesan pergerakan larva gunung berapi
Padang jarak padang terkukur?
Kami hanya sampai di sini, Menara Pantau Pos Satoe. Untuk ke rumah arwah, kami harus menaiki ojek yang dipandu oleh rakyat tempatan, katanya tidak boleh bawa motor sendiri sampai ke sana. Kami pun tak faham kenapa. Kami hanya melawat setakat di sini dan tidak ke kaki Merapi kerana harga ojek yang ditawarkan agak tidak munasabah. Motif diorang ni? Nak ketuk tourist? Waallahua'lam..
Alhamdulillah, puji dan syukur padaNya kerana masih dipinjamkan usia untuk terus bernafas di bumi Nya yang sungguh luas nan indah ini.
Episod TransJava bersambung lagi. Kali ni dah sampai Solo. Sebenarnya tak tahu sangat apa yang nak diteroka di Solo ni, dah la memang tak kaji sangat pun pasal Solo, pastu jarang sangat dengar cerita orang pasal Solo. Baca sikit-sikit dalam Lonely Planet dan dengan pertolongan pak google, akhirnya kami decide nak terjah Candi Sukuh dan Candi Cetho. Kedua-dua candi ini langsung tak famous berbanding Borobudur dan Prambanan di Jogjakarta.
Selepas checkout dari Pondok Dagdan, kami naik becak ke Stesen Bas Tirtonardi. Memandangkan kami melalui Kraton Surakarta on the way ke stesen bas, kami singgah la sekejap snap-snap gambar. Tapi kami tak masuk dalam pun, malas, tak ada mood masa tu nak tengok-tengok dalam muzium^^. Lepas bergambar sekeping dua kami terus ke stesen bas.
pintu masuk ke Kraton Surakarta
Kraton Surakarta
Pintu Kraton Surakarta
Sekitar bandar Solo, on the way ke stesen bas. Gambar semua snap duduk atas becak je. goyang.
Terminal Bus Tirtonadi
Untuk ke Candi Sukuh dan Cetho, ambil bas ke Tawangmangu, bas henti-henti, lebih kurang sejam bas akan sampai di stesen bas Karangpandan, turun kat sini. To be safe, masa naik terus bagitau pakcik driver nak turun kat Karangpandan. Takut-takut tak terperasan. Turun di stesen bas ni, biasanya akan ada pakcik ojek tanya nak ke Sukuh, diorang ni boleh agak la kalau dah tourist bawa beg turun situ memang nak ke Sukuh dan Cetho la. So, deal betul-betul harga.
Bas dari Solo ke Tawangmangu
Candi Sukuh dan Cetho terletak di Gunung Lawu. Perjalanan dari stesen Karangpandan ke Candi Sukuh mengambil masa kira-kira 45 minit. Bunyi cam agak lama kan, tapi dengan view yang cantik di lereng bukit memang tak terasa jauh nya.
Gunung Lawu, Solo
Sedikit sejarah berkenaan Candi Sukuh
Candi Sukuh
Antara lukisan kuno yang terdapat di Candi Sukuh,
Siapa pandai baca lukisan kuno tolong translate^^
Candi Sukuh
Selepas hampir 30 minit merayap sekitar Candi Sukuh, kami bergerak pula ke Candi Cetho. Dari Sukuh ke Cetho mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Lereng Gunung Lawu dari Candi Sukuh ke Candi Cetho
Penyambut tamu Candi Cetho^^
Candi Cetho
Ooops, lagenda mengatakan, kalau pijak batu ni boleh menyebabkan mandul. erkk
Setelah hampir 20 minit di sekitar Candi Cheto kami kembali ke Stesen Karangpandan untuk pulang ke Solo .